Soaljawab bersama Wan Perlis

Soaljawab bersama Wan Perlis

Seperti yang ditunggu jawapan penuh di bawah

Sejak bila en wan perlis berblogging?

Saya berblogging sejak pertengahan tahun 2008 menggunakan platform blogspot. Ketika itu saya blogging untuk diri sendiri. Lama kelamaan terasa nak serius dalam blogging dan saya berusaha mencari follower dan reader. Alhamdulillah usaha saya berhasil dan pada Mac lepas terhasil blog ini yang menggunakan platform WordPress. Terima kasih semua atas sokongan yang telah diberikan

.

.

Apakah tujuan en wan perlis menceburi dunia blogging ni?

Tidak lain dan tidak bukan saya mahu meluahkan perasaan saya, berkongsi ilmu, idea, dan pandangan saya. Disamping itu juga saya ingin menambah kenalan di seluruh dunia

.

.

Tapi boleh kami tahu kenapa blog en wan perlis lambat update?

Eh lambat update ke?minta maaf ya. Sebenarnya saya bukanlah blogger tegar. Selain blog saya mempunyai komitmen lain. Menulis blog bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Saya harap reader memahaminya

.

.

Status en wan perlis? single atau sudah dimiliki?

Saya dimiliki oleh umi saya dan dengan kata lain masih belum berkahwin dan tiada teman istimewa. Jadi kepada aweks-aweks diluar sana jika nak masuk line sila isi form dan hadir untuk ditemuduga oleh umi saya. amacam ada berani?

.

.

Berikan 3 perkataan yang menggambarkan diri anda?

pendiam senyum ketawa

.

.

Boleh kongsikan pengalaman manis dan pahit dalam hidup en wan?

Pengalaman manis saya terlalu banyak untuk dikongsikan dan pengalaman paling pahit adalah minum kopi tanpa gula

.

.

Warna apakah yang menjadi pilihan en wan perlis?

Hijau melambangkan kedamaian, alam semulajadi yang menyegarkan. Biru adalah kebebasan,saya tenang melihat lautan dan burung yang terbang bebas di langit biru. Putih adalah suci dan keselesaan

.

.

Boleh kami tahu keputusan SPM dan CGPA?

Keputusan SPM dan CGPA saya…… erk saya terlupa la. nextt

.

.

Nampaknya en wan keberatan menjawab soalan tadi. ok tidak mengapa.Apakah judul buku terakhir yang dibaca?

Denyut Kasih Medik. Tapi saya belum habis membacanya. Apa yang boleh dikatakan buku ini amat menarik

Baiklah ini soalan terakhir untuk seisi ni. en wan perlis dah ganti puasa tahun lepas?

Mulut awak ada insurans tak? hehe saya gurau ja. Saya lelaki Melayu terakhir dan memenuhi syarat wajib puasa, tiada off day dalam kamus hidup saya. lain la perempuan

Huh selesai seisi soaljawab yang pertama ni. Pihak-pihak blogger dan media tak habis nak temuramah. Tak larat ooo aku nak jawab. Rasa macam artis pun ada. ahaks. Tunggu sambungan seterusnya yang lebih menarik dengan soalan yang panas

To Be Continue