Entri ini menggunakan bahasa rojak feat laici kang

Hari ni I nak tell u all pasal industri hiburan di negara Malaysia yang tercinta. Tak perlu I nak bermukadimah kita street to the topic ok

Lebih Kuantiti Daripada Kualiti dan Artis Mee Segera

Akademi fantasial, my stuck lg, malayxtion idol, mentel dan lain-lain. Kegedikan di atas pentas warna-warni dan diakhiri dengan drama air mata mengalahkan saudara bersamamu. Budak sekolah, abang kakak, pakcik makcik, tokwan2 tabur kredit rm30 undi pelajar kesayangan. ahaha pelajar. Orang atas goyang kaki ibarat emas jatuh dari langit. pakcik kayo pakcik kayo. Dalam setahun kita boleh lihat lebih 20 artis baru akan terhasil. hakikatnya talent zero. Nak taja akademi Quran fikir 40 kali

Publisiti Murahan

Cerita peribadi melebihi karier. Berkemban nak raih publisiti. Artis XY nafi ada hubungan dengan dato AB. itulah gambaran mudah. Bila diaju soalan akan keluar ayat cover “masih awal untuk diperkatakan”

Radio Rosak

Nak martabatkan industri muzik tempatan tapi kedengaran lagu seberang di corong-corong radio. dah macam kat indon pun ada. Iklan lebih dari lagu, dj pun kalah tau

Seram Menggeletar

Lambakan cerita-cerita seram seperti towel 88, penunggu gunung ledang, puaka yang merepek. Kenapa benda khurafat dan karut marut yang perlu ditunjukkan? pengarah kekurangan idea mungkin? Jangan melatah bila kedengaran “filem kita jalan cerita sama,boring” Jangan juga salahkan sesiapa kalau filem tak ‘kotak pejabat’ Hasilkanlah sesuatu yang berkualiti dan membawa kepada pembangunan minda. Contohnya seperti dokumentari. Jika tidak mampu lihat bagaimana Habiburrahman El Shirazy menghasilkan Ketika Cinta Bertasbih

Wartawan Yang Ditawan

Ada jugak dua tiga kerat yang layaknya menjadi wartawan isu jenayah. Tanya soalan tak berasas. boleh tengok video ni. kan dah kena fire. No wonder bangkitnya facebook group All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks

I saman U

Ni cara senang nak kaya. pak lawak pun boleh kena saman, 2 juta kot. boleh hilang nafsu nak buat lawak. Adakah saman menyaman ini dilakukan untuk menjaga nama baik dan standard? Atau hanya untuk kepentingan tertentu?

nota kaki :

kebanyakkan mereka mengatakan majalah mangga adalah majalah playboy versi meLAYU.

filem seram Malaysia akan membuatkan penonton ketawa