Awak Kawan Saya Juga
Perspektif Aku Tentang Isu Pembuangan Bayi

Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk (surah Al-Isra ayat 32)
Masih kedengaran isu pembuangan bayi. Itu jasad kecil yang ditemui. Bagaimana jasad kecil yang tidak ditemui? Mungkin hilang ditelan masa. Adakah ini yang dikatakan dunia akhir zaman? Kita mampu menilai dimana silapnya. Bagi aku, dunia ini tidak zalim. Manusia yang membuatkan dunia menjadi zalim.
Keimanan Seorang Insan
Inilah asas atau basic bagi kita sebagai seorang muslim. Yang membezakannya adalah tahap keimanan seseorang itu. Jika keimanan seseorang itu ditahap yang baik, dia tidak akan memilih jalan yang gelap. Jangan meletakkan nafsu lebih tinggi daripada iman dan akal.
Didikan dan Perhatian Ibubapa
Ibubapa seharusnya memberikan didikan yang secukupnya kepada anak-anak. Didikan ini bermula sejak anak dalam kandungan ibu lagi. Mungkin pembuangan bayi terjadi kerana kurangnya didikan dan perhatian daripada ibubapa. Anak-anak diabaikan. Keadaan ini amat menyedihkan. Aku tak hairan terlihat anak gadis bersama heronya tika malam hari.
Gejala Sosial
“Takda keja berfaedah lain lagi ke nak buat?” Pengaruh gejala sosial kepada remaja memang kuat. Ditambah lagi dengan jiwa remaja yang suka memberontak, ingin mencuba dan berani. Mungkin disini titik hitam itu bermula. Dari gejala sosial ringan-ringan hingga ke jenayah pembuangan bayi
Masyarakat Prihatin
Masyarakat perlu peka keadaan sekeliling. Jangan hanya memandang sebelah mata. Terkenang kejadian yang menimpa adik Syafiah Humairah. Kenapa masyarakat ketika itu hanya memandang sedangkan mereka tahu syafiah humairah didera? Ada kalanya prinsip “jangan jaga tepi kain orang” tidak lagi releven.
Harapan aku semoga tidak kedengaran lagi bayi dibuang ! adakah ini harapan yang tinggal harapan ? Jangan bayar dengan harga yang mahal !
| Print article | This entry was posted by Syazwan on April 16, 2010 at 2:38 am, and is filed under Kehidupan. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |

about 1 year ago
setuju dengan soal iman tu sebab kadang2 yg buang2 anak ni biasanya remaja2 liar yg kurang didikan agama dan kurang dapat perhatian ibu bapa..
.-= Amir´s last blog ..Tarik Trafik Blog Melalui Google =-.
[Reply]
Azizuan Reply:
April 16th, 2010 at 11:27 pm
kadang2 tak jadi gak..remaja baru nak up biasa la kalau kuat memberontak tuh..pastuh mula nak cari benda2 menyeronokkan..las sekali beranak tepi tong sampah..
.-= Azizuan´s last blog ..Saya Seorang Pemalas =-.
[Reply]
about 1 year ago
iman paling penting
kalau iman kuat, apa saja dugaan depan mata akan ditangani dgn senang…
[Reply]
about 1 year ago
hurmmm.. xley nk bce n lme2.. x sgup tgk pic 2.. aissh!! xde hati btl manusia2 ni…
.-= akito_imada´s last blog ..World Most Beautiful Garages!!! =-.
[Reply]
MC Reply:
April 17th, 2010 at 8:04 pm
ak ade gak buat artikel mcam ni…x smpai hati seh nak buat…tgok bayi kene buang sampai bersemut…x snggup nak tengok…
.-= MC´s last blog ..[GAMBAR] Jom Pekena Asam Pedas Gajah Di Afrika! =-.
[Reply]
about 1 year ago
dah jadi tren sekarang neh, lahir je anak luar nikah ..buang.. apa nk jadi ngan masyarakat sekarang neh.. nmpk sangat nilai moral semakin luntur
.-= marki´s last blog ..Bila si Jejaka DSLR bertemu si Manis Photoshop.. =-.
[Reply]
about 1 year ago
nih boley jd isi tuk esei spm nnt..hehe
.-= keyyah´s last blog ..Petua menghilangkan parut jerawat ala moden =-.
[Reply]
about 1 year ago
kdg2 xley slhkan mak bapak jgk..ad yg mak bapak da berusaha bg didikan secukupnya..tp anak2 plk buat2 dek je..mak bapak bkn main lg nasihat itu nasihat ini..pening kpla mak bapak dibuatnya..
bg yg kurang didikan n perhatian ibu bapa lg la mudah terjebak dgn benda2 cmni..makin hari makin ramai manusia yg tdk berperikemanusiaan..bertopengkan binatang..bila dah bertopengkn binatang..maka nilai2 murni sebagai manusia sudah xde lg…
[Reply]
marki Reply:
April 17th, 2010 at 2:09 pm
pengaruh luar antara penyebab terjadi masalah sosial bro.. tgk lar kat bandar besar dan bila duduk berjauhan dengan family..depan family bukan main lagi ..pijak kuman pun xmati..bila berjauhan dengan family.. setan pun geleng kepala tgk ada orang lagi jahat dari dia..huhuhuu
.-= marki´s last blog ..Deep Purple datang ke Malaysia =-.
[Reply]
about 1 year ago
bagi aku, ptt kt hotel2 tu, kena ada signboard bsr2 cmni ‘kalau nak main, sila pakai kondom utk keselamatan’..kasi pedas skit
[Reply]
about 1 year ago
Gejala sosial yang semakin menjadi-jadi dan sukar dibendung… apa nak jadi nie..
.-= zik´s last blog ..Petua awet muda bagi lelaki =-.
[Reply]
about 1 year ago
Dunia akhir zaman.
Hurm. mintak jauh
.-= miss lolly´s last blog ..Uhhh PEREMPUAN kenapa kau BODOH sangat ? =-.
[Reply]
about 1 year ago
makin banyak kes2 buang bayi ni.. iman la penentu diri kita ke arah kebaikan..
.-= Mr.Z´s last blog ..Melayu Kita Addicted Dengan Hantu? =-.
[Reply]
about 1 year ago
teruknya perangai manusia sekarang ni sanggup membuang bayi macam tu..tiada lagi ke rasa perikemanusiaan da;am diri tu..mungkin disebabkan kurang ilmu agama dalam diri membuatkan mereka jadi begini..
.-= Thoha´s last blog ..Cara Rileks Dihadapan Komputer =-.
[Reply]
about 1 year ago
Selain tu , mereka tidak tahu kemana perlu pergi apabila telah megandung . Mereka tidak tahu dimana perlu dapat bantuan .
.-= touya´s last blog ..Padah seorang remaja =-.
[Reply]
about 1 year ago
hukuman yang berat perlu dikenakan kepada lelaki..
setakat ni yang saya perasan, biasanya lelaki lepas bebas..tak gitu?
.-= Hidier´s last blog ..Wang mudah…wang mudah – Ada ka? =-.
[Reply]
about 1 year ago
masyarakat.. ermm.. bila masyarakat hanya pandai mengutuk dan mengata..
sebenarnya bila satu keaiban itu dibongkar bukannya menjadi pengajaran tapi semakin berleluasa.. agaknya itu sebab islam menyuruh kita menutup keaiban diri sendiri dan orang lain…
.-= isza´s last blog ..Bila Putus Cinta – Kenapa, kenapa dan mengapa? =-.
[Reply]
about 1 year ago
hell!! mmg hell !!!
manusia akhir zaman
dah hilang kewarasan!
bitch!
.-= Frodo Baggins´s last blog ..paham ke? =-.
[Reply]
about 1 year ago
bagi aku ni kesan dan hasil dari penyakit sosial yg melanda masyarakat…
.-= etomyam´s last blog ..Selamat Hari Bumi Ke 40 Dan 15 Cara Menyambutnya =-.
[Reply]
about 1 year ago
kalau masuk bab camni, ramai yang akan cakap, didikan ibu-bapa, didikan agama sangat penting sejak kecil.
tapi bagi saya kalo kita baru nak lakukan benda tu sekarang, hasilnya kita tuai 20 tahun lagi. habis tu masalah sekarang ni camna? senangnya, laksanakan hukum hudud. habis cerita.
.-= zahida´s last blog ..Lelaki, Mengapakah Kau Jadi Begini? =-.
[Reply]
about 1 year ago
heh. buat tu nk. dpt ank lpas tngungjwb. len kli nk buat pkir dlu. xpun pkai kondom. haha. ceh =P
.-= acapz´s last blog ..Bagaimana Setting Yahoo Messenger Menjadi Unbootable =-.
[Reply]
about 1 year ago
Aku rasa kalau tak dicegah perkara ni,nanti akan menjadi-jadi lak kes pembuangan bayi,kesian bayi yang tak berdosa menjadi mangsa keadaan.
.-= wazy´s last blog ..Achik Spin Meninggal Dunia =-.
[Reply]
about 1 year ago
kalo tak cucup didikan agamalah yang selalu jadi cam nih…
nak ikut barat, tapi org barat seks adalah bebas, so jadi kalo beranak pun diorang jaga anak tu, kita Isalam jgn ikut diorang nak seks bebas juga..dapat anak tak kawin lagi, tu jadi kes nih…
.-= Nine´s last blog ..[QUICKPRESS] Osama Laden Guna Facebook ? =-.
[Reply]
Nine Reply:
April 18th, 2010 at 12:18 pm
cucup=cukup
Isalam= Islam..
typo pulak huhu..
.-= Nine´s last blog ..[QUICKPRESS] Osama Laden Guna Facebook ? =-.
[Reply]
about 1 year ago
Saya secara jujurnya memang tak baca berita mcm tu kat paper..sakit hati..
hukum hudud is the best. Islam bukan semata-mata agama, ianya cara hidup..(ingatan utk diri sendiri juga)
.-= Nia´s last blog ..Gatsby Deodorant Street Fair =-.
[Reply]
about 1 year ago
tak ada cara laen.. hukum hudud menjadi satu elemen bagi mengajar manusia agar tak buang bayi!
.-= Frantz-Senpai´s last blog ..Google multi-column =-.
[Reply]
about 1 year ago
benda ni dah masuk dekat khutbah jumaat dah..jgn dekati zina..apatah lagi melakukan zina..tu je kunci sebenarnya..kalau dah jadi menyesal dah tak guna..
.-= aizuddin´s last blog ..Contest : Hidup Untuk Memberi – Menangi Dua Acer Aspire One Secara Percuma =-.
[Reply]
about 1 year ago
teruk la manusia2 syaitan nih skrg
[Reply]
about 1 year ago
huhuhu La Taqrabuz Zina~
makin menjadi-jadi. Haiwan pun tahu sayangkan anak.
T_________T
.-= zida´s last blog ..Acer Aspire One untuk Anda Miliki Secara Percuma : Sumpah Ini Bukan Main-main =-.
[Reply]
about 1 year ago
dah seribu tahun dah islam bagitahu jangan dekati zina…nabi muhammad dekat nak wafat pun telah berpesan.kwenapa massyarakat islam negara ni begitu degil…agaknya mungkin undang tak cukup sempurna kot
.-= ishak´s last blog ..Memori gambar 2 aksi panas =-.
[Reply]
about 1 year ago
sedih dan kesian pada budak yg tak bersalah tu.. ape la.. nak jadi..
.-= boss´s last blog ..Email Yang Mendebarkan =-.
[Reply]
about 1 year ago
Makin menjadi-jadi kes buang bayi ni.. zzzz.. Klau x nak pon bagi la dekat jabatan kebajikan masyarakat ker.. Ini x.. Pegi buang dekat tong sampah la, semak la.. Mana lagi ntah..
Bagi la peluang bayi tu nk hidup..
.-= kertaz´s last blog ..HWM BlackBox – CPU Information Utilities =-.
[Reply]
PowerPuffGirlz Reply:
April 26th, 2010 at 11:32 am
xnak la..kalu sy jd baby tuh sy xnk idup..idup xde name bapak..pastu kengkawan hina..bg sy bagus ape camtuh? xnk idup
[Reply]
about 1 year ago
bile iman tipis maka jadila kes camni..
[Reply]
about 1 year ago
salam saudara..
amat menarik pandangan saudara ni
terima kasih berkongsi…
.-= zulkbo´s last blog ..Bersyukur Apa Yang Ada.. =-.
[Reply]
about 1 year ago
tak guna betul orang macam tu
.-= farhan´s last blog ..Sudah pukul 1.00 pagi ! =-.
[Reply]
about 1 year ago
manusia da kembali ke zaman jahiliah
[Reply]
about 1 year ago
Apabila makanan tidak dijaga kehalalannya maka hati umat Islam itu makin lama makin gelap dan sukar untuk menerima kebenaran dan hidayah dari Allah. Sekiranya umat Islam menjaga pemakanannya Insya Allah ia tidak akan berlaku. Selain dari didikan agama yang diterapkan sejak dari kecil dan menjauhkan diri dari benda-benda maksiat, makanan yang halal mampu membentuk peribadi seseorang muslim serta amalan dan doa diterima Allah. Insya Allah.
.-= Syafrizal´s last blog ..RSS dan Feedburner =-.
[Reply]
about 1 year ago
Sekarang ni dah ada kempen besar-besaran untuk ni kan. tapi kdg2 root cause kena tgk juga kan.
.-= Nia´s last blog ..Hari Ibu, Hari Aku? =-.
[Reply]
about 1 year ago
binatangje yang sanggup buang bayi camni….memang tiada peri kemanusiaan langsung.ramai lagi family di luar sana yang sanggup ambil jadikan anak angkat…
.-= eyriqazz´s last blog ..Ranjau Kewangan Seorang Lelaki Untuk Berkahwin =-.
[Reply]
about 1 year ago
remaja sekarang nie dah pelik sangat lah
http://nomborsebelas.blogspot.com/
[Reply]
dickson Reply:
May 11th, 2010 at 1:53 pm
tol 2..mnusia yg wt cam 2 cm tk de prsaan langsung.
lbh truk g dr bnatang..
hu3..
[Reply]
about 1 year ago
Memang iman adalah asas utama. Tetapi banyak faktor yang mendorong kepada melemahkan iman dari menguatkan iman.
[Reply]
about 1 year ago
salam bro…
satu lagi benda yg sedikit sebanayk penyebab kpd masalah social: media massa. itu pun ada peranan jugak dlm maslah social.
[Reply]
Syazwan Reply:
April 23rd, 2010 at 11:11 pm
wsalam..
setuju media massa dan elektronik jugak mempengaruhi
[Reply]
about 1 year ago
Budak2 sekarang ni dah advance sangat, risau lah..
.-= Oh!Perfumes´s last blog ..Pengetahuan tentang permulaan perfume =-.
[Reply]
about 1 year ago
jgn ar buang bayi plzzzz..
[Reply]
dickson Reply:
May 11th, 2010 at 1:51 pm
k…
[Reply]