Awak Kawan Saya Juga
Aku Lihat Layu dalam Melayu

Hayatilah sajak di bawah dengan hati yang terbuka dan minda yang bebas. Tanya diri sendiri bagaimana jati diri kita. Ya ! negara kita sudah merdeka, bebas. Tapi bagaimana generasi sekarang dan akan datang. Tanah air kita sudah 53 tahun merdeka tapi minda? masih lagi dijajah
Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti di kata tak bersyukur
Di kata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri memerhati
Dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya kita siram kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 Harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya raya
Jangan sekali- kali di gadai harta bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Takkan Melayu hilang di dunia
Ya.Tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu
Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
untuk lebih penghayatan klik disini
| Print article | This entry was posted by Syazwan on August 26, 2010 at 8:08 pm, and is filed under blogger cemerlang. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |


about 1 year ago
melayu yang semakin layue…
zik´s last [type] ..Foot Detox Patch dan Makjun Anggun Bestari untuk dijual
[Reply]
Wan Perlis Reply:
August 30th, 2010 at 7:21 pm
hakikat yang harus diterima
[Reply]
about 1 year ago
Salam bertandang lagi..
semoga sihat orang disini.
ermmm..ada betul nya juga
memang sedih bangsaku..
zulkbo´s last [type] ..Tutorial Follow Follower Menggunakan Akaun Lain
[Reply]
Wan Perlis Reply:
August 30th, 2010 at 7:23 pm
sentiasa sihat
kita memerlukan anjakan paradigma
Wan Perlis´s last [type] ..Aku Lihat Layu dalam Melayu
[Reply]
about 1 year ago
kita patut bershukur hidup dimalaysia….. dari kecil sampai dah berjaya…kerajaanlah yg banyak bantu kita…kenapa masih lagi ada org yg tak bershukur…..
ashraf´s last [type] ..Bywifi Video Downloader Untuk Youtube
[Reply]
Wan Perlis Reply:
August 30th, 2010 at 7:24 pm
bersyukur dengan apa yang ada dan kita nikmati
bangsa kita harus teguh lagi
jgn gaduh sesama sendiri
[Reply]
about 1 year ago
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang….lagu anak kecil main api
“13 Trivia dan Fakta Menarik Mengenai Youtube”
[Reply]
Wan Perlis Reply:
August 30th, 2010 at 7:24 pm
lagu ni memang terbaik
first time dengaq kat btn
[Reply]
about 1 year ago
sedih melihat bangsa kita..
harap2 akan ada sinar dan harapan pada masa akan datang..
Mr.Z´s last [type] ..Promosi Hebat! Produk Kecantikan Paling Berkesan!
[Reply]
Wan Perlis Reply:
August 30th, 2010 at 7:25 pm
sinar harapan pasti ada bila kita kuat, bersatu, berusaha, tolong-menolong dan berdoa
[Reply]
about 1 year ago
erk sedih la macam ni..
susah payah nak kekalkan perpaduan..
senang je layu cam ni……
syahrilhafiz´s last [type] ..Semuanya tentang fikir kehadapan
[Reply]
Wan Perlis Reply:
August 30th, 2010 at 7:27 pm
kita lemah bukan kerana bangsa lain kuat
tapi kerana diri kita sendiri
[Reply]
about 1 year ago
melayu mudah lupa…
hanif´s last [type] ..Duit Raya Sehingga RM200 Untuk Dimenangi
[Reply]
Wan Perlis Reply:
August 30th, 2010 at 7:28 pm
kata-kata dr Tun Dr Mahathir yg akan kita ingat
[Reply]
about 1 year ago
awat yang duk pi bakar jalur gemilang tuh, tak mau duk kat Mesia dah kut..hantaq pi papua new guinea baru tau..
Nine´s last [type] ..CONTEST Menangi Duit Raya Sehingga RM200
[Reply]
Wan Perlis Reply:
August 30th, 2010 at 7:29 pm
orang yang bakar jalur gemilang tu patut dipijak ramai2. negara kita tak perlu orang mcm tu
[Reply]
about 1 year ago
ermmm taktau nak kata apa..
terus dan terus layu
luth textile´s last [type] ..Ini bukan kes “cepat melatah”
[Reply]
Wan Perlis Reply:
August 30th, 2010 at 7:29 pm
nak kena mandi bunga jugak baru nak segar ahhaha
[Reply]
about 1 year ago
salam berkunjung bro
[Reply]
about 1 year ago
muger2 negara akan tetap aman damai sentosa sejahtera senantiasa.. aminn
[Reply]
Wan Perlis Reply:
August 30th, 2010 at 7:30 pm
begitu hendaknya
tapi politik negara kita takkan aman, hakikat
[Reply]
about 1 year ago
Banyak dah kes-kes macam ni
lagu ni mengandungi maksud yang mendalam
wazy´s last [type] ..HIDUP SEORANG BLOGGER 2
[Reply]
Wan Perlis Reply:
August 30th, 2010 at 7:31 pm
yup brader wazy
lagu ni memang menyetap jiwa dan membuat kita terfikir
[Reply]
about 1 year ago
benda nie berpunca dari diri sendiri..Allah sendiri sudah berfirman bermaksud, Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum tue selagi kaum tue sendiri tak ubah nasibnya dulu..
arrizz´s last [type] ..Tips membeli belah sempena Hari Raya
[Reply]
Wan Perlis Reply:
August 30th, 2010 at 7:52 pm
betul tu arrizz
bangsa kita perlu lebih lagi usaha
bukannya malas
[Reply]
about 1 year ago
kalau ada rezeki, aku mahu jadi PM dan akan ubah semua ni kembali ke asal balik
[Reply]
Wan Perlis Reply:
August 30th, 2010 at 7:55 pm
klo jadi pm aku tutup semua disko, kilang arak, rokok dan haramkan af
[Reply]
about 1 year ago
amat benar sekali tu, perjuangan masih belum selesai dan masih jauh tu
etomyam´s last [type] ..Preview Filem Melayu- Senario Asam Garam
[Reply]
Wan Perlis Reply:
August 30th, 2010 at 7:56 pm
perjuangan belum selesai
negara byk lagi perlu kedepan dan bangsa kita perlu byk berubah
[Reply]
about 1 year ago
Melayu tak mahu bersatu, itulah kesannya.
Entri Terkini: Amaran Untuk Blogger
Nia´s last [type] ..Amaran Untuk Blogger!
[Reply]
Wan Perlis Reply:
August 30th, 2010 at 7:57 pm
melayu tak mahu bersatu kerana ideologi politik dan fahaman
[Reply]
naz Reply:
September 1st, 2010 at 10:28 pm
hye nia, nama saya naz
[Reply]
about 1 year ago
aku pun layu tngok bangsaku begitu. sedih =.=
acapz´s last [type] ..Wallpaper Hari Merdeka Yang Ke-53
[Reply]
Wan Perlis Reply:
August 30th, 2010 at 7:57 pm
entah sampai bila melayu terus layu
moga kita sedar dan bangkit
[Reply]
about 1 year ago
bersyukur dengan apa yang kita ada… berbakti pada nusa dan bangsa…
[Reply]
Wan Perlis Reply:
August 30th, 2010 at 7:59 pm
bangsa kita kadang2 tak pernah terpikir nak berbakti kepada nusa dan bangsa.
nak berbakti kepada harta dan pangkat ja.hmmm
[Reply]
mancai Reply:
August 30th, 2010 at 9:28 pm
nampaknya cara berblogging ni pun salah satu karisma dan semangat untuk menanamkan semangat ini…
[Reply]
about 1 year ago
Moge saudara sesama agama dan bangsa akan bangkit memperkukuh jati diri..insyaAllah..kita akan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi..
hafizmd´s last [type] ..Esok cuti! Apa maknanya
[Reply]
Wan Perlis Reply:
August 30th, 2010 at 8:00 pm
harap kita sebagai bangsa melayu tidak hilang jati diri.
Salam Kemerdekaan
Wan Perlis´s last [type] ..Khalifah di muka bumi
[Reply]
about 1 year ago
“..Orang berbudi kita hanya tahu merasa..”
ramai sekeliling aku orang yang macam ini. tak mengenang budi
wandisini´s last [type] ..Mercun di Musim Perayaan
[Reply]
about 1 year ago
pandang dengan mata, tak jelas lagi kelemahan diri. tapi bila baca artikel neh, wah..semua ada pada diri. thanks bro. artikel yang berguna
donha´s last [type] ..Permainan orang kafir
[Reply]
about 1 year ago
dah banyak perkara yang berlaku
melayu masih tidak sedar
masih dalam keseronokan agaknya
tidak sedar, tanah air sedang dijajah
mohdisa´s last [type] ..Hidup Aku Sebagai Seorang Blogger
[Reply]
about 1 year ago
cis! baik budak tuh jgn dok kt Malaysia.. tak tahu bsyukur..tahu memberontak jer..
[Reply]
about 1 year ago
depa x bersyukur ka.ngan pa yg depa dpt
pd ari ni.
Ali ridha´s last [type] ..Selamat sampai ke Kamunting
[Reply]
about 1 year ago
harap bangsa kita bangkit dari tidur
Wan´s last [type] ..keretamayat
[Reply]
about 1 year ago
mungkin kesedaran dah semakin kurang.. kalau sedarpun, xda apa2 tindakan..
btw, suka betul dengan sajak ni
kulanz´s last [type] ..Klip Video Malaikat Turun Kaabah Karut!
[Reply]
about 1 year ago
doakan golongan pemberontak macam ni insaf dan bertaubat. Ni semua buta sejarah sebab tu x taw nak hargai nikmat yg dikecapi sekarang. Kalau datuk nenek moyang diorang masih hidup sure kena pelangkung ni..
Dedoku´s last [type] ..Teknik Viral Dengan Twitter
[Reply]
Wan Reply:
September 3rd, 2010 at 2:32 pm
entah la orang zaman sekarang, macam tak tau nak hargai apa yang ada
[Reply]
about 1 year ago
sebenarnya melayu taklah layu sangat, ramai lagi yg berjaya kat luar.. kita cuma terlalu taksub dgn ucapan mereka yang bijak pandai.. perlu diingatkan tujuan mereka mengeluarkan ucapan dan karya sebegitu bukan melambangkan sifat melayu itu sendiri yg semakin layu dewasa ini, tapi sekadar satu cabaran dan pendorong kepada melayu utk berjaya dimasa hadapan.. kadang2 kita kena pandang dari sudut positif jugak.. selamat hari kemerdekaan yg ke53 negaraku..
[Reply]
Wan Reply:
September 3rd, 2010 at 2:31 pm
yup ucapan untuk mendorong kepada melayu sedar dan perlu lebih usaha
Wan´s last [type] ..keretamayat
[Reply]
about 1 year ago
sedih bila lihat bangsa sendiri buat macam tu.. huhuu…
fiezaradzi´s last [type] ..Lelaki Liat Berpuasakah
[Reply]
about 1 year ago
itulah orang melayu, selalu melepak di stesen bas, yg paling bnyk isap dadah, yg paling hebat dengan lumba haram
XN´s last [type] ..Next steep- minimalist
[Reply]
about 1 year ago
sedih bila lihat bangsa sendiri buat camni.sedarlah wahai bangsaku.tak elok berpecah belah.muafakatlah.orang macam ni kene p hantar kursus biro tatanegara je.baru insaf
slimdiet2´s last [type] ..TELAH BANYAK KAJIAN MENGENAI KOLOSTRUM DILAKUKAN
[Reply]
about 2 months ago
bagus ni lagu kesedaran..
ayuh kawan2ku..
masa tidur sudah habis!!
[Reply]