Awak Kawan Saya Juga
Archive for November, 2010
Tatasusila dalam Facebook
Nov 26th

1. Menutup Aurat
Ni perkara yang paling penting. Lebih-lebih kepada kaum wanita. Tak kira dimana pun berada, aurat tetap kena jaga, di alam maya sekalipun. Jangan dok buat tak tau “eh upload gambar tak tutup aurat dosa ka? tak pernah dengar pun“ please lah ok. Jangan kita menunjukkan kebodohan diri kita. Kalau aku ada awek, aku takkan biarkan awek aku dedah aurat di facebook sekalipun. Lelaki yang biarkan pasangan anda terbuka aurat adalah dayus.
2. Status
Tolong alert dengan status kalian. Jangan nak cari publisiti murahan dan jangan cari pasal. Nanti kena tangkap tidoq kat hotel besi. Boleh faham kan? Jangan emo-emo kat pesbok walaupun aku tau memang trend sekarang ni kalau nak lepas geram, pesbok adalah salah satu tempatnya
3. Nonsense Group
Banyak group sampah yang aku jumpa. Apakah group sampah yang dimaksudkan? Group sampah adalah group yang tidak memberi faedah dan tanpa disedari ia hanya membuang masa anda. Aku rasa admin dalam group sampah ni gagal dalam komunikasi harian, sebab tu dia wujudkan group macam tu
4. Tag Tag dan Tag
Kalau nak tag orang pun agak-agaklah. Ni sampai gambar takda kena-mengena pun nak tag. Perkara mudah apabila kalian di tag dengan gambar/video yang anda tidak suka adalah dengan menekan remove tag.
5. Sharing What
Aku tak penting dowh, dia pilih klcc dowh <-aku rasa nak pijak ja budak ni. Beginikah sikap remaja kita selepas 53 tahun merdeka? Kalau camtu, merdeka dengan tak merdeka sama ja. Ok apa yang aku nak tekankan katsini adalah perkara yang kalian sharing. Jangan jadi pak pakdir moden yang tau tekan baten share ja. Berhati-hati dengan apa yang kalian kongsi. Sebagai contoh video kat pavilion tu, secara tak langsung bila kalian share kalian seperti menyebarkan penghinaan ke atas Islam. Sila ambil perhatian dan berhati-hati
Filem Kongsi
Nov 16th
Tak sabar rasanya nak tengok filem terbaru dari Metrowealth, filem yang bertajuk Kongsi. Daripada trailer yang ditonton, filem kongsi rasanya tidak akan mengecewakan peminat filem Malaysia. Menarik dan best. Ini menunjukkan kemajuan dalam industri filem tempatan. Siapa lagi kan nak support filem Malaysia kalau bukan kita. Ya! nantikan 2011. Kongsi. Lu langsi lu mati
Sinopsis Filem Kongsi
Erkkk filem Aku Masih Dara? ada tauladan ada buruknya. Taknak cita panjang masuk sini
Sekian
Adab menguap dan bersin menurut Islam
Nov 8th

Islam adalah agama yang sempurna, aman dan mudah. Islam merangkumi semua aspek kehidupan manusia.
Adab menguap menurut Islam
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya)
“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka)” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab az-Zuhud, hadis no. 7129)
Juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya)
“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Permulaan Penciptaan, hadis no. 509)
Adab bersin menurut Islam
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
“Sesungguhnya Allah menyukai bersin, dan membenci tindakan menguap. Maka apabila seseorang itu bersin, maka pujilah Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”) Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Manakala menguap, ia adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah ia dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 242)
Di dalam riwayat yang lain, juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya)
“Jika seseorang itu bersin, maka hendaklah ia memanjatkan pujian kepada Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Dan jika orang yang bersin mendengar saudaranya menyebutkan “يَرْحَمُكَ اللهُ”, maka hendaklah dia mengucapkan “يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ” (Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu)” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 243)
Juga adalah suatu sunnah, apabila seseorang itu bersin, hendaklah dia menutup atau meletakkan tangannya atau bajunya (atau kain yang seumpamanya) kepada mukanya sambil merendahkan mukanya dan memperlahankan suaranya.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu (maksudnya)
“Apabila Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersin, beliau meletakkan tangannya atau kain bajunya ke mulutnya (untuk menutupnya) sambil memperlahankan suaranya (bunyi bersin)” (Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab al-Adab, hadis no. 5011. Lihat juga di dalam Shahih Sunan Abi Daud oleh Syaikh al-Albani)
nah!mampuslah kau raksasa gondorowo
hari ni raksasa takda, boleh la bersiar-siar kat taman bunga
terkena sumpahan ke apa ni
Hmmm bila la cita ni nak abis
senyum itu sedekah dan membawa kebahagiaan