Awak Kawan Saya Juga
blogger cemerlang
Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010
Dec 30th

Syukur
29 Disember 2010 menjadi sejarah kepada rakyat Malaysia dan pasukan bolasepak Malaysia (Harimau Malaya) apabila menjadi juara Piala AFF Suzuki 2010 setelah 14 tahun lamanya. Malaysia menjadi juara buat pertama kalinya sejak kejohanan ini bermula. Malaysia dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan indonesia dengan agrerat 4 – 2. Perlawanan akhir pertama berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Disember 2010. Dengan sokongan padu yang diberikan oleh 80 000 penyokong Malaysia di SNBJ dan 20 juta didepan kaca tv, Malaysia berjaya menewaskan indonesia dengan jaringan 3 – 0. Pada perlawanan ini Malaysia menunjukkan kualiti permainan yang baik dan menghiburkan.
Pada perlawanan akhir ke-2 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Malaysia tewas tipis dengan jaringan 2 – 1. Namun keadaan ini tidak menjejaskan pasukan Malaysia membawa pulang piala terbaik dirantau Asia Tenggara.
Tahniah Harimau Malaya. Inilah hadiah terbaik kepada rakyat Malaysia untuk tahun 2010
Perkara menarik piala AFF Suzuki 2010
1) Malaysia juara buat pertama kalinya
2) PM memberi cuti umum pada 31 Disember
3) Rio ferdinand turut menyaksikan perlawanan Malaysia dan mengucapkan tahniah kepada bolasepak Malaysia
4) Malaysia juara menjadi mukadepan media cetak dan media elektronik
5) Isu laser
6) indonesia tidak dapat menerima hakikat mereka kalah, pelbagai cerita merapu dicanang
Terima kasih kepada Ultras Malaya kerana kalian adalah pemain yang ke 12

Kritikan Terhadap Kerajaan Negeri Perlis
Dec 10th

Salam Alaik
Sebenarnya aku tak berminat nak ulas pasal politik. Tapi kalini aku terpaksa. Kenapa terpaksa? Kerana kerajaan negeri Perlis sekarang slow. Ok jangan claim aku dari pembangkang atau pencadang kerana aku lebih senang bergerak secara indie. Sebab kedua-dua parti ni sama ja. Masing-masing gila nama, duit dan pangkat. Malah macam-macam lagi. Hangpa gagal dalam sistem komunikasi sebab tu hangpa berpuak. meLAYU cucuk meLAYU. dan last skali berpecah
1. Projek Tak Jalan
Orang Perlis dan sesiapa yang dok kat Perlis ni tau la. Dah berapa banyak projek terbengkalai. Atau projek ni nak lingkup terus agaknya. Masjid terapung Kuala Perlis sepatutnya dah siap dan jemaah dah boleh solat kat masjid tu. Tapi sekarang lihat situasinya. Dah berapa lama pembinaan masjid terapung tu stop. Highway Padang Besar-Changlun pun lebih kurang. Dari awal mula projek sampai sekarang tak nampak hasilnya. Mungkin 2020 baru siap kot projek ni. Kerajaan negeri tolong jawabkan?
2. Banjir dan Kroni
Aku tak puas hati bila media dok ulas isu banjir kat Kedah ja. Bantuan tak sampai la, MB tak nampak muka la. Padahal kat Perlis ni sama ja. Kenapa media tak bangkitkan? Lihatlah bencana alam pun depa nak politikkan. Media lani memang tak telus, mesti ada bias. Mungkin jugak media-media ni di bawah tajaan. Tak boleh nak kata apa. Daripada sumber yang boleh dipercayai, beberapa orang Taman Jali dapat bantuan banjir. Aik aku hairan dan aneh. Taman Jali tak tenggelam banjir pun. Hmmmm
3. PFA
Untuk pengetahuan hangpa semua, kerajaan negeri tidak support mahupun sekupang untuk PFA(Persatuan Bolasepak Perlis) PFA nak pinjam bas pun tak bagi. Sikap apakah ini? Sekarang PFA mengharap ihsan dari bekas mb Perlis. Tak silap aku untuk musim 2010 DSSK melaburkan 2.5 juta untuk PFA. Dimana kerajaan negeri sekarang? Rasa mereka-mereka ini tidak tahu bersukan malah lebih dari itu mereka tidak tahu apa itu bolasepak. Aku tak pernah dengaq lagi Md Isa Sabu turun stadium tengok Perlis lawan. Exco sukan pun 2×5. Kepada kerajaan negeri Perlis, tahniah aku ucapkan kerana hangpa bolasepak Perlis terus ke belakang. Hangpa dah lukakan hati penyokong Perlis
Perlis ni kecik. Orang kata besaq kelemboi ja. tapi susah nak tadbir. erkkkkkkk
Sekian!
Tatasusila dalam Facebook
Nov 26th

1. Menutup Aurat
Ni perkara yang paling penting. Lebih-lebih kepada kaum wanita. Tak kira dimana pun berada, aurat tetap kena jaga, di alam maya sekalipun. Jangan dok buat tak tau “eh upload gambar tak tutup aurat dosa ka? tak pernah dengar pun“ please lah ok. Jangan kita menunjukkan kebodohan diri kita. Kalau aku ada awek, aku takkan biarkan awek aku dedah aurat di facebook sekalipun. Lelaki yang biarkan pasangan anda terbuka aurat adalah dayus.
2. Status
Tolong alert dengan status kalian. Jangan nak cari publisiti murahan dan jangan cari pasal. Nanti kena tangkap tidoq kat hotel besi. Boleh faham kan? Jangan emo-emo kat pesbok walaupun aku tau memang trend sekarang ni kalau nak lepas geram, pesbok adalah salah satu tempatnya
3. Nonsense Group
Banyak group sampah yang aku jumpa. Apakah group sampah yang dimaksudkan? Group sampah adalah group yang tidak memberi faedah dan tanpa disedari ia hanya membuang masa anda. Aku rasa admin dalam group sampah ni gagal dalam komunikasi harian, sebab tu dia wujudkan group macam tu
4. Tag Tag dan Tag
Kalau nak tag orang pun agak-agaklah. Ni sampai gambar takda kena-mengena pun nak tag. Perkara mudah apabila kalian di tag dengan gambar/video yang anda tidak suka adalah dengan menekan remove tag.
5. Sharing What
Aku tak penting dowh, dia pilih klcc dowh <-aku rasa nak pijak ja budak ni. Beginikah sikap remaja kita selepas 53 tahun merdeka? Kalau camtu, merdeka dengan tak merdeka sama ja. Ok apa yang aku nak tekankan katsini adalah perkara yang kalian sharing. Jangan jadi pak pakdir moden yang tau tekan baten share ja. Berhati-hati dengan apa yang kalian kongsi. Sebagai contoh video kat pavilion tu, secara tak langsung bila kalian share kalian seperti menyebarkan penghinaan ke atas Islam. Sila ambil perhatian dan berhati-hati



