Awak Kawan Saya Juga
Santai
Ohtidak vs Cisdel
Jun 12th

Blog dengan niche tertentu
Memaparkan gambar-gambar yang menarik, unik, pelik dan lain dari yang lain
Ohtidak
Sebuah blog dibawah kendalian OhMedia. Dilancarkan pada Oktober 2008. Semua entri menggunakan perkataan Oh dihadapan. setakat ni OhMedia mempunyai 18 904 fans. WoW ! jika ada gambar menarik emelkan kepada hoi@ohtidak.com
Cisdel
Trademark yang digunakan cisdel.com amat menarik iaitu lembu cisdel yang comel. Publish pada Februari 2010. Cisdel adalah dibawah kendalian blogger nazrien. Selain cisdel, nazrien juga mengendalikan topotato dan nazrien dot com. hantar gambar menarik yang anda ada ke lembu@cisdel.com
bila dah habis idea, taktau nak main apa dalam internet, boleh layan ohtidak dan cisdel
ada lagi blog seperti ohtidak dan cisdel ?
Mengimbau Kenangan Cuti Sekolah
Jun 5th

Salam Alaik
Yay..Cuti sekolah dah bermula. Saat yang ditunggu bagi mereka yang bergelar budak sekolah. Mak ayah tak terlepas nak cuti jugak. Time ni la nak luangkan lebih masa bersama anak-anak. balik kampung, jalan-jalan satu family, berkelah mungkin.
Anak-anak dah tak sabaq nak balik kampung. Hati sudah ada kat kampung. Mana tidaknya nampak sungai ja, sawah padi seperti memanggil-manggil, nak tengok ayam tokwan dah tambah tak bilangannya. best best.
Mengimbau kembali zaman sekolah. Zaman yang paling menyeronokkan. Ada saja aktiviti yang akan dilakukan. Mula-mula set masa dengan kawan-kawan nak jumpa pukul berapa, berkumpul katmana. Selalunya tempat berkumpul memang dah ada. biasa la dah jadi port tetap. Pastu bincang petang ni kita nak buat akvititi apa
mandi sungai
melastik burung
main bola
ronda-ronda kampung seberang
tuju kasut
aci sembunyi
konda-kondi
Ni crita zaman sekolah rendah. Sekolah menengah lain plak. Masa tu dah besaq dan matang skit. Cuti sekolah pun ada tekanan. Ye la nak hadapi SPM. cuti sekolah tetap kena buka buku, ada kelas tambahan, tuisyen lagi. Dan lebih sakit hari bila tengok adik enjoy ja main dengan kawan2.
Kan best kalau bekerja pun ada cuti penggal macam cuti sekolah
Soaljawab bersama Wan Perlis part 2
May 11th

Kembali lagi kita seisi soaljawab bersama wan perlis. Ini adalah sambungan dari part sebelum ini. Apa lagi mari kita ikuti seisi soaljawab kali ini
Soalan dari Amir Ohmalaysia
Kenapa wan guna nama wanperlis?
Ya wan menggunakan nama wan perlis sebagai trademark tersendiri dan melambangkan anak jati Perlis. selain itu domain ini senang diingat oleh sesiapa saja
.
.
Soalan dari murkiester
Apa ciri-ciri gadis idaman en wan kita neh?
Simple ja gadis idaman saya. Solehah, manis dan caring. Jika pandai memasak tomyam itu adalah satu bonus
.
.
Seterusnya soalan dari akak fiezaradzi
Habis sekarang single,bila nak update status tu?
Akak boleh tolong cari sorang untuk wan.hehe
.
.
Negara manakah yang ingin en wan jejak kaki?
Jepun, Arab Saudi dan Finland. Bagi saya negara ini amat menarik, bersih dan mempunyai teknologi yang mengagumkan
.
.
Bolasepak piala dunia tak lama lagi ni. Pasukan mana yang menjadi pilihan en wan?
Saya menyokong negara ke 33. Proud to be Malaysian
.
.
Filem apakah yang menjadi kegemaran en wan?
Ketika cinta bertasbih menunjukkan kualiti filem sebenar. scene-scene yang menarik dan skrip yang mendalam berjaya dihasilkan. Kita dapat lihat unsur positif dari filem ini
.
.
Apa yang en wan ingin katakan pada dunia?
Where is the love? Dunia seakan kurang kasih sayang. Manusia semakin rakus, mementing diri sendiri. Kadang-kadang kita hanya nampak yang dekat, tapi yang jauh kita buta. Apa semua ini? ah aku tak faham
To Be Continue…
Soaljawab bersama Wan Perlis
Apr 27th

Sejak bila en wan perlis berblogging?
Saya berblogging sejak pertengahan tahun 2008 menggunakan platform blogspot. Ketika itu saya blogging untuk diri sendiri. Lama kelamaan terasa nak serius dalam blogging dan saya berusaha mencari follower dan reader. Alhamdulillah usaha saya berhasil dan pada Mac lepas terhasil blog ini yang menggunakan platform WordPress. Terima kasih semua
.
.
Apakah tujuan en wan perlis menceburi dunia blogging ni?
Tidak lain dan tidak bukan saya mahu meluahkan perasaan saya, berkongsi ilmu, idea, dan pandangan saya. Disamping itu juga saya ingin menambah kenalan di seluruh dunia
.
.
Tapi boleh kami tahu kenapa blog en wan perlis lambat update?
Eh lambat update ke?minta maaf ya. Sebenarnya saya bukanlah blogger tegar. Selain blog saya mempunyai komitmen lain. Menulis blog bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Saya harap reader memahaminya
.
.
Status en wan perlis? single atau sudah dimiliki?
Saya dimiliki oleh umi saya dan dengan kata lain masih belum berkahwin dan tiada teman istimewa. Jadi kepada aweks-aweks diluar sana jika nak masuk line sila isi form dan hadir untuk ditemuduga oleh umi saya. amacam ada berani?
.
.
Berikan 3 perkataan yang menggambarkan diri anda?
pendiam senyum ketawa
.
.
Boleh kongsikan pengalaman manis dan pahit dalam hidup en wan?
Pengalaman manis saya terlalu banyak untuk dikongsikan dan pengalaman paling pahit adalah minum kopi tanpa gula
.
.
Warna apakah yang menjadi pilihan en wan perlis?
Hijau melambangkan kedamaian, alam semulajadi yang menyegarkan. Biru adalah kebebasan,saya tenang melihat lautan dan burung yang terbang bebas di langit biru. Putih adalah suci dan keselesaan
.
.
Boleh kami tahu keputusan SPM dan CGPA?
Keputusan SPM dan CGPA saya…… erk saya terlupa la. nextt
.
.
Nampaknya en wan keberatan menjawab soalan tadi. ok tidak mengapa.Apakah judul buku terakhir yang dibaca?
Denyut Kasih Medik. Tapi saya belum habis membacanya. Apa yang boleh dikatakan buku ini amat menarik
.
.
Baiklah ini soalan terakhir untuk seisi ni. en wan perlis dah ganti puasa tahun lepas?
Mulut awak ada insurans tak? hehe saya gurau ja. Saya lelaki Melayu terakhir dan memenuhi syarat wajib puasa, tiada off day dalam kamus hidup saya. lain la perempuan
Huh selesai seisi soaljawab yang pertama ni. Pihak-pihak blogger dan media tak habis nak temuramah. Tak larat ooo aku nak jawab. Rasa macam artis pun ada. ahaks. Tunggu sambungan seterusnya yang lebih menarik dengan soalan yang panas
To Be Continue
Perkara Yang Selalu Terjadi dan Tidak Disukai
Apr 22nd

Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas
.
.
Kelajuan internet menyamai kelajuan siput babi
.
.
Dapat 5 assignment dalam masa 1 hari
.
.
Roomate minta tolong basuh baju
.
.
Keluar makan/minum bersama member dan dengan slumber rock member ayat “hang tolong bayaq teh ais aku,minggu depan aku belanja pulak”
.
.
Menerima khidmat pesanan ringkas “padan muka! liverpool layak Champion League musim depan?”
.
.
Reader bertanya bila blog nak update.hehe
.
.
Kawan-kawan ada lagi yang nak tambah? dipersilakan..
Ini adalah entri ringkas dan santai yang pertama untuk blog ni. layan je la
