Awak Kawan Saya Juga
Posts tagged adtec kulim
Kenapa basuh motor Lebih Baik daripada khalwat
Oct 20th
1. Basuh motor boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah
2. Masa sedang asyik menggosok dada motor tak perlu tengok-tengok kiri kanan
3. Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun
4. Boleh tangguh beberapa minit , pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati
5. Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula membasuh motor
6. Lepas basuh boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang-tunggang dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin
7. Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi , depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh
8. Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang
9. Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan-kawan. Majikan tidak akan memecat anda
10. Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas , anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka mencuci motor bersama
Malaysia vs arsenal liverpool chelsea
Jun 4th

Pada Julai nanti 3 pasukan dari liga perdana inggeris akan bertandang ke Malaysia sempena perlawanan pra musim cuti musim panas (Asia Tour 2011) Pasukan itu adalah arsenal, liverpool dan chelsea
Malaysia vs arsenal 13 Julai 2011, Stadium Nasional Bukit Jalil 8.45pm
Malaysia vs liverpool 16 Julai 2011, Stadium Nasional Bukit Jalil 5.45pm
Malaysia vs chelsea 21 Julai 2011, Bukit Jalil Nasional Stadium 8.45pm
Tiket-tiket berharga RM58, RM68, RM108 dan vip RM388
Tak mustahil kita akan lihat warga england memenuhi ruang di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kalau tak percaya anda lihatlah sendiri nanti
Artikel berkaitan klik disini

Langit Tak Selalu Cerah
Mar 28th

Kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan.
Kegagalan tak pernah diundang. Namun kegagalan datang jua
Kenapa kegagalan datang walaupun kita tidak menjemputnya?
Kerana manusia itu lemah. Manusia perlu penggantungan kepadaNya.
Mungkin juga kerana Usaha yang tidak mencukupi menyebabkan kita gagal
Namun…
Gagal bukan bererti kalah
Gagal bukan bererti gagal selamanya
Sebenarnya gagal mendidik kita erti usaha dan kejayaan.
Kegagalan mengajar kita supaya berusaha dengan lebih gigih dan ikhlas
Kegagalan mematang dan mendewasakan kita
Kegagalan juga mengajar kita berdiri dikaki sendiri.
Peredaran zaman terus kehadapan
Masa tidak boleh diundur sekalipun sesaat
Sejarah membuktikan bahawa manusia perlu kepada perubahan
Singkap kembali Zaman Kesultanan Melayu Melaka
derita merindu itu terkadang dapat dirasai
Pada zaman itu Melaka antara empayar terbaik
Dengan kekayaan hasil bumi, ekonomi yang stabil dan kedudukan yang stategik.
Ini menarik minat portugis
Kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka pada 1511 membuktikan kegagalan
Kegagalan ini yang menyedarkan masyarakat ketika itu dan kita pada hari ini.
Daripada kegagalan itu bangkitnya semangat untuk berjaya
sejarah mengajar kita bahawa hidup mesti berani untuk gagal.
Gagal bukan perkara luar biasa
Gagal itulah permulan kepada kejayaan !
p/s : follow my twitter

Update Ringkas
Mar 14th

sekadar gambar hiasan
1. Simpati dengan gempa bumi dan tsunami di Jepun
2. Macam biasa lah, kehidupan semakin hari semakin gembira dan bahagia
3. Hepi school holiday kepada adik-adik. Manfaatkan cuti sekolah sebaiknya. Budak-budak SPM plak mesti tengah demam
4. Berada di Taipeng Perak selama 3 hari 2 malam
5. Baru melancarkan blog baru. Peminat bolasepak boleh klik disini
6. Follow my Twitter
7. Cukup setahun blogging menggunakan WordPress. Imbas kembali entri pertama
Thanks semua yang follow dan komen blog ni



