Awak Kawan Saya Juga
Posts tagged ahmad syazwan
Langit Tak Selalu Cerah
Mar 28th

Kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan.
Kegagalan tak pernah diundang. Namun kegagalan datang jua
Kenapa kegagalan datang walaupun kita tidak menjemputnya?
Kerana manusia itu lemah. Manusia perlu penggantungan kepadaNya.
Mungkin juga kerana Usaha yang tidak mencukupi menyebabkan kita gagal
Namun…
Gagal bukan bererti kalah
Gagal bukan bererti gagal selamanya
Sebenarnya gagal mendidik kita erti usaha dan kejayaan.
Kegagalan mengajar kita supaya berusaha dengan lebih gigih dan ikhlas
Kegagalan mematang dan mendewasakan kita
Kegagalan juga mengajar kita berdiri dikaki sendiri.
Peredaran zaman terus kehadapan
Masa tidak boleh diundur sekalipun sesaat
Sejarah membuktikan bahawa manusia perlu kepada perubahan
Singkap kembali Zaman Kesultanan Melayu Melaka
derita merindu itu terkadang dapat dirasai
Pada zaman itu Melaka antara empayar terbaik
Dengan kekayaan hasil bumi, ekonomi yang stabil dan kedudukan yang stategik.
Ini menarik minat portugis
Kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka pada 1511 membuktikan kegagalan
Kegagalan ini yang menyedarkan masyarakat ketika itu dan kita pada hari ini.
Daripada kegagalan itu bangkitnya semangat untuk berjaya
sejarah mengajar kita bahawa hidup mesti berani untuk gagal.
Gagal bukan perkara luar biasa
Gagal itulah permulan kepada kejayaan !
p/s : follow my twitter

Update Ringkas
Mar 14th

sekadar gambar hiasan
1. Simpati dengan gempa bumi dan tsunami di Jepun
2. Macam biasa lah, kehidupan semakin hari semakin gembira dan bahagia
3. Hepi school holiday kepada adik-adik. Manfaatkan cuti sekolah sebaiknya. Budak-budak SPM plak mesti tengah demam
4. Berada di Taipeng Perak selama 3 hari 2 malam
5. Baru melancarkan blog baru. Peminat bolasepak boleh klik disini
6. Follow my Twitter
7. Cukup setahun blogging menggunakan WordPress. Imbas kembali entri pertama
Thanks semua yang follow dan komen blog ni

Cadangan Saya kepada Najib Razak
Mar 4th
1. Menasihati isteri menutup aurat
Saya pasti dalam 28 juta rakyat Malaysia sekarang, ramai yang meluat dengan rosmah mansor atau bikmama. Bikmama bertindak seolah-olah timbalan perdana menteri. sungguh busybody. Mukanya lebih banyak kelihatan di kaca tv berbanding muhyiddin yassin. Saya juga mencadangkan kepada najib razak supaya menasihati bikmama agar kurangkan melaram dan yang lebih penting adalah menutup aurat. Suami yang membiarkan isteri membuka aurat adalah dayus. Tak kira besar manapun pangkat kita, disisi Islam kita tetap sama. Begitu juga kepada pak-pak menteri yang lain, nasihat isteri anda menutup aurat
2. Mengurangkan Cukai
Apa kes makan kepsi(kfc) kena goverment tag dekat RM2.00? RM2.00 tu sepatutnya dah boleh isi minyak kenderaan rakyat jelata. Itu baru bab makan kepsi, belum masuk bab rumah, kereta, tanah dan lain-lain lagi. Tidakkah ia membebankan rakyat? Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan? Orang Langkawi takpa la.hehe
3. Jadikan PTPN dan PTPK sebagai biasiswa
Ada baiknya PTPN dan PTPK dijadikan biasiswa. Mungkin kedengaran tidak logik dan mustahil bukan? Kalau tak boleh dijadikan biasiswa pun harap Perdana Menteri dapat kurangkan kos pentadbiran kepada 1% . kuasa ditangan anda. Dah la bunga tinggi. Pinjam RM15 000 kena bayar RM18 000. Tak patut tau
Sekian
Sebarang cadangan, pendapat, dan komen dipersilakan





