Awak Kawan Saya Juga
Posts tagged blog
Perkhidmatan Internet di Malaysia
Jul 31st

Pembekal perkhidmatan internet di negara kita tidaklah banyak seperti negara lain. Kita dah biasa dengan Telekom, Jaring, Maxis, Digi dan P1 Wimax. Malaysia menduduki tangga ke 105 melalui ujian sambungan internet yang dilakukan.
Namun persoalannya bilakah kita sebagai pengguna akan mendapat perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang berpatutan?
384kbps – RM33
512kbps – RM45
1mbps – RM58
Di atas ini package yang sewajarnya untuk kita rakyat Malaysia(pendapat aku)
Dimana P1 Wimax? Kurang kedengaran sekarang ni, tak seperti awal-awal kemunculan. Masih tiada package baru atau promosi baru?
Tulis & Menang ariffshah.com
Apr 6th
Seperti sedia maklum, ini adalah entri ke-3 untuk blog ni. Biasa la budak baru nak belajar. Terkapai-kapai dan masih tercari arah lagi. Alhamdulillah aku bersyukur kerana mendapat respon positif dari blogger-blogger tentang kewujudan blog ni
Hendaknya aku terus mendapat sokongan dari kalian. Seperti aku katakan pada entri permata, kita bagai aur dengan tebing
Dalam melayari dunia blogging kita pasti tertarik dengan sesebuah blog. Terpulang bagaimana citarasa kita. Begitu juga aku. Aenaz telah berjaya menambat hati aku.
Kualiti Penulisan
Kualiti penulisan adalah perkara pertama aku fikirkan. First impression. Aenaz berjaya menonjolkan kreativiti seorang blogger. Isi kandungan penulisan yang membuatkan kita berfikir dengan lebih jauh dan luas. Gaya bahasa yang digunakan mudah dan santai dengan susunan kata yang disusun kemas. Penulisan yang baik dan kreatif berjaya dihasilkan. Kalau tidak, mana mungkin aku tertunggu-tunggu entri seterusnya.
Kupasan Isu Semasa
Perspektif seseorang terhadap sesuatu isu mungkin berbeza. Ini bergantung bagaimana cara kita berfikir dan dimana kita letakkan menteliti kita, samada menteliti kelas pertama atau sebaliknya. Begitu juga kupasan isu semasa oleh aenaz seperti isu kalimah Allah, aduka taruna dan pembuangan bayi. menarik.
Kekemasan Blog
Terus terang aku katakan inilah blog yang paling kemas aku jumpa setakat ini. Sejuk mata memandang dan membuatkan aku selesa membaca apa yang diterjemahkan oleh aenaz. Tidak tergangu dek apa yang tidak perlu. Tak tahulah masih ada manusia yang mengatakan blog aenaz tidak kemas. Aku yakin itu manusia paranormal
Walaupun tidak pernah face to face namun dari segi penulisan dapat aku gambarkan aenaz adalah blogger yang kreatif, luar biasa dan unik. Aenaz juga adalah penulis blog fuzzey. Harapan aku kepada aenaz semoga cepat update entri. Penantian suatu penyiksaan.
Entri ini adalah penyertaan aku untuk contest dari ariffshah. Ingin aku jelaskan bahawa aku tidak mendahulukan kemenangan dan wang ringgit bukan keutamaan aku. Sebaliknya aku berusaha untuk memperbaiki penulisan aku dan yang lebih penting adalah ilmu. Apa yang boleh kita kongsi bersama. Kerana ilmu itulah kuasa. Ilmu yang meletakkan dimana kita berada
Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com, orange4k.com & ariffshah.com. Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com, mrs.kay.my, myliriklagu.com & denaihati.com
Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog ariffshah.com
Bagaimana cristiano ronaldo ajar aku blogging
Apr 3rd

Terasa lama jugak tak update blog selepas entri yang pertama. Rakan blogger lain pun dah bising. Ek sorry ye kawan-kawan. Inilah akibat terlalu banyak baca blog orang sehingga blog sendiri tak update
Sebenarnya entri ini aku ilhamkan dari blogger yang aku respek iaitu aenaz. Seterusnya ikuti blogger-blogger lain chokilala, menteil, hurulaini, topo dan aizuddin.
Bagaimana cristiano ronaldo ajar aku blogging
Mula dari bawah
cristiano ronaldo bermain untuk sporting lisbon sebelum ke manchester united dan sekarang di real madrid. Bermula dengan kelab yang kurang diminati sehingga kelab terbaik dunia. Dulunya ronaldo tidak dikenali namun sekarang dia adalah bintang yang bersinar sehingga mendapat gelaran remaja termahal dunia.
Karisma yang tinggi
Kemahiran ronaldo di atas padang jelas. Kawalan bola, hantaran, sepakan percuma dan penyudah. Begitu juga dengan kelajuan yang dimilikinya. Inilah yang menonjolkan dirinya. Blogger juga harus memiliki karisma yang tinggi
Baik diantara yang terbaik
Pelbagai anugerah telah diterima ronaldo. Antara yang tertinggi adalah pemain terbaik FIFA 2008. Ronaldo juga memegang rekod yuran perpindahan tertinggi dunia dengan nilai 80 juta pound dari Mancheter United ke Real Madrid. Sekaligus memintas pemegang rekod sebelum ini iaitu Zinade Zidane. Tidakkah seseorang blogger juga mampu menjadi baik diantara yang terbaik?
Masa depan yang cerah
Dari segi pandangan normal ronaldo mempunyai masa depan yang cerah. Walaupun masih muda namun boleh melangkah jauh, meninggalkan pemain-main lain. Bakat yang dianugerahkan dipraktikkan dengan baik. Setiap dari kita pasti mahukan kejayaan bukan?
Pemain bolasepak boleh menjadi ilham dalam dunia blogging. itulah akibat peminat tegar bolasepak
Dan harus disedari bahawa keadaan sekeliling juga mampu diilhamkan untuk menjadikan sekeping entri
WanPerlis – ini blog baru saya
Mar 28th

Ya ya inilah blog baru aku. wanperlis.com. yiipieeeee <- seronok terlebih sudah
Sejak sekian waktunya di blogspot, dah tiba masanya untuk aku berhijrah. ya berhijrah ke blog self hosting. Terima kasih atas sokongan anda. Kenangan di WanPerlis – KemanaArahKita tetap tidak akan aku lupakan. Disinilah langkah aku bermula. Daripada menulis secara suka-suka kepada serius(serius la sangat)Kepada justkhai, aenaz, murkiester, mohdisa dan aizuddin, wa caya sama lu. Aku beranggapan penulis dan pembaca bagai aur dengan tebing. saling memerlukan antara satu sama lain. Thanks kepada reader dan follower WanPerlis – KemanaArahKita. Lepas ni sambung di blog ni pulak ye.
Terima Kasih semua.. kecil tapak tangan stadium bukit jalil aku tadahkan. Siapalah blogger tanpa reader
Dengan ini aku merasmikan wanperlis.com dan korang menjadi saksi.
p/s : komen jangan tak komen. aku baru nak mula ni

