Awak Kawan Saya Juga
Posts tagged bunkface situasi
Forum Pilihan
Jul 18th

forum ict berbahasa Melayu. pelbagai topik menarik berkaitan komputer dan lain-lain dibincangkan. Setakat ni forum putera mempunyai 41 641 ahli. amat dialu-alukan anda sertai forum ni. Antara sub topik yang menarik adalah seperti jati diri, english corner dan lain-lain lagi.
forum soaljawab agama yang selalu menjadi rujukan. Ahli-ahli forum mempunyai pengetahuan agama yang baik. Ahli-ahli forum terdiri daripada Kapten Hafiz Firdaus, An-Nawawi… Kemukakan kemyuskilan tentang hukum-hakam agama dan lain-lain yang berkaitan di al-fikrah
forum bolasepak Malaysia dan luar negara. Membincangkan perkembangan terkini bolasepak Malaysia. arah tuju, cadangan, kritikan dan masa depan bolasepak kita
antara forum lain yang menarik lowyat, syok, bincang, carigold …
kalian ada join forum? forum manakah menjadi pilihan?
Perkara Menarik Jun 2010
Jun 29th

Entri penutup untuk Jun 2010
1) Bantuan Ke Gaza
Misi bantuan kemanusiaan ke Gaza bermula pada penghujung Mei. Satu dunia alert tentang perkara ni. sekali lagi kita dapat lihat kebiadapan dan kezaliman israel. Serangan ke atas kapal bantuan ke Gaza dan beberapa orang dibunuh. PBB seperti tidak berfungsi
2) SUKMA ke-13
Temasya sukan dwitahunan yang bermula pada 10 hingga 19 Jun 2010 di Melaka. 10 rekod kebangsaan dan 90 rekod kejohanan tercipta pada temasya kali ini. Terengganu menjadi juara dua kali berturut-turut. Atlet lelaki yang memenangi paling banyak emas adalah Mohd Hanizam Ramli dari Perlis dengan kutipan 5 emas
3) FIFA World Cup 2010
This time for africa. Kejohanan bolasepak terbesar di dunia bermula pada 11 Jun hingga 11 Julai 2010. Boleh dikatakan separuh perjalanan telah berlalu. Finalis 2006, Perancis dan Itali tidak layak ke peringkat 16 terakhir (aku tak terkejut) Jermen menidakkan England ke suku akhir (match ni amat menarik)
4) ariel peterporn dan luna maya
Segelintir orang indonesia mengamalkan Islam liberal. Tak hairan terjadinya perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam. Harap negara kita bebas dari Islam liberal ni. Jangan sekadar Islam pada nama dan ic !
5) Hellioz dan Justkhai ?
Suka hati hangpa la labu… sampai bila kan?
Apa lagi perkara menarik sepanjang Jun 2010?
p/s : tak upgrade lagi ni ke WP 3.0
5 website popular didunia
Jun 22nd

Berikut website paling popular didunia mengikut ranking alexa
1. Google
Dalam dunia siber taksah kalau tak kenal google. Syarikat gergasi search engine. Sumber utama mencari maklumat atau info. Pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh google seperti blog, gtalk, emel, gambar, group, map dan lain-lain. Adakah anda kenal siapa Eric Schmidt?
.
.
2. Facebook
Dikendalikan seorang pemuda yang berasal dari New York berusia 25tahun mark zuckerberg. Pada mulanya dikenali sebagai facemash pada tahun 2004 dan hanya digunakan oleh pelajar Universiti Harvard. Dilancarkan secara rasminya pada 2007. Pengguna facebook di Malaysia menghampiri angka 7 juta. Kini rakyat Malaysia addict kepada facebook. Setiap hari login. anda mungkin salah seorang
.
.
3. Youtube
Laman video streaming atau perkongsian video yang dilancarkan pada tahun 2005. Menjadi hak milik google pada 2006 dengan pembelian US$1.65 Billion (RM4.27 Billion) Youtube menampung berjuta-juta video dari yang baik hingga yang tidak baik. Harap anda dapat support video streaming dari anak Melayu kita, 1tube. Pasti ramai yang tidak mengetahuinya
.
.
4. Yahoo !
Sebelum kehadiran google, yahoo merupakan search engine no 1 (aku mengenali yahoo dulu sebelum google) Kini yahoo menduduki tangga ke-2 selepas google. Servis lain yang ditawarkan oleh yahoo adalah yahoomail, flickr, yahoomassager dan lain-lain. Tahukah anda apa yang akan terjadi apabila anda klik pada tanda seru pada logo Yahoo ! ?
.
.
5. Live.com
Dikendalikan syarikat pengkomputeran terkenal iaitu Microsoft. saudara kepada live adalah Bing dan MSN
.
.
6. Baidu
7. Wikipedia
8. Blogger
9. MSN
10. QQ
11. Twitter
Facebook dan Mind Control ?
May 20th

Setakat ni takda lagi laman web sosial yang dapat menandingi facebook. Penerimaan facebook dinegara kita jugak baik. PM pun menggalakkannya. Sepupu aku yang darjah 3 pun ada facebook. Boleh tahan jugak penangan facebook ni. Malah ada yang sanggup habiskan separuh harinya dengan facebook. Tak sempurna hidup tanpa facebook.
Kita lihat kontra dari facebook
1) leka dengan fb sehingga kerja dalam dunia realiti terabai
2) masa terbuang main game di fb, sanggup tak makan
3) prestasi kerja kakitangan kerajaan merosot, student malas nak buka referellbook
4) ugutan, ancaman dan makian serta pendedahan aurat
5) tidur lewat, 4 pagi
6) tak bermasyarakat dengan orang lain, dok rumah berfacebook ja. Jiran kampung sebelah meninggal pun taktau. Ini amat parah
Aku tak terkejut bila negara-negara timur tengah tidak membenarkan akses facebook, mahkamah Lahore mengharamkan facebook di Pakistan dan Majlis Ulama Indonesia mengeluarkkan fatwa pengharaman facebook dan baru-baru ada yang mati kerana facebook. Itu realiti yang kita nampak. Tapi bagaimana realiti disebaliknya. Darkside dari facebook. Yang dikaitkan dengan Yahudi, Freemason, Mind Control, CIA dan lain-lain. Anda mempercayainya?? Aku taknak ulas pasal ni kerana aku tidak mengkajinya. Mungkin ada blogger lain boleh ulas.
Apa yang pro dari facebook? Ya anda sendiri mengetahuinya. Mungkin ada yang melihat lebih banyak pro dari kontra dan sebaliknya. Itu terpulang kepada kita untuk menilainya
Soaljawab bersama Wan Perlis part 2
May 11th

Kembali lagi kita seisi soaljawab bersama wan perlis. Ini adalah sambungan dari part sebelum ini. Apa lagi mari kita ikuti seisi soaljawab kali ini
Soalan dari Amir Ohmalaysia
Kenapa wan guna nama wanperlis?
Ya wan menggunakan nama wan perlis sebagai trademark tersendiri dan melambangkan anak jati Perlis. selain itu domain ini senang diingat oleh sesiapa saja
.
.
Soalan dari murkiester
Apa ciri-ciri gadis idaman en wan kita neh?
Simple ja gadis idaman saya. Solehah, manis dan caring. Jika pandai memasak tomyam itu adalah satu bonus
.
.
Seterusnya soalan dari akak fiezaradzi
Habis sekarang single,bila nak update status tu?
Akak boleh tolong cari sorang untuk wan.hehe
.
.
Negara manakah yang ingin en wan jejak kaki?
Jepun, Arab Saudi dan Finland. Bagi saya negara ini amat menarik, bersih dan mempunyai teknologi yang mengagumkan
.
.
Bolasepak piala dunia tak lama lagi ni. Pasukan mana yang menjadi pilihan en wan?
Saya menyokong negara ke 33. Proud to be Malaysian
.
.
Filem apakah yang menjadi kegemaran en wan?
Ketika cinta bertasbih menunjukkan kualiti filem sebenar. scene-scene yang menarik dan skrip yang mendalam berjaya dihasilkan. Kita dapat lihat unsur positif dari filem ini
.
.
Apa yang en wan ingin katakan pada dunia?
Where is the love? Dunia seakan kurang kasih sayang. Manusia semakin rakus, mementing diri sendiri. Kadang-kadang kita hanya nampak yang dekat, tapi yang jauh kita buta. Apa semua ini? ah aku tak faham
To Be Continue…
