Awak Kawan Saya Juga
Posts tagged Kehidupan
Bagaimana cristiano ronaldo ajar aku blogging
Apr 3rd

Terasa lama jugak tak update blog selepas entri yang pertama. Rakan blogger lain pun dah bising. Ek sorry ye kawan-kawan. Inilah akibat terlalu banyak baca blog orang sehingga blog sendiri tak update
Sebenarnya entri ini aku ilhamkan dari blogger yang aku respek iaitu aenaz. Seterusnya ikuti blogger-blogger lain chokilala, menteil, hurulaini, topo dan aizuddin.
Bagaimana cristiano ronaldo ajar aku blogging
Mula dari bawah
cristiano ronaldo bermain untuk sporting lisbon sebelum ke manchester united dan sekarang di real madrid. Bermula dengan kelab yang kurang diminati sehingga kelab terbaik dunia. Dulunya ronaldo tidak dikenali namun sekarang dia adalah bintang yang bersinar sehingga mendapat gelaran remaja termahal dunia.
Karisma yang tinggi
Kemahiran ronaldo di atas padang jelas. Kawalan bola, hantaran, sepakan percuma dan penyudah. Begitu juga dengan kelajuan yang dimilikinya. Inilah yang menonjolkan dirinya. Blogger juga harus memiliki karisma yang tinggi
Baik diantara yang terbaik
Pelbagai anugerah telah diterima ronaldo. Antara yang tertinggi adalah pemain terbaik FIFA 2008. Ronaldo juga memegang rekod yuran perpindahan tertinggi dunia dengan nilai 80 juta pound dari Mancheter United ke Real Madrid. Sekaligus memintas pemegang rekod sebelum ini iaitu Zinade Zidane. Tidakkah seseorang blogger juga mampu menjadi baik diantara yang terbaik?
Masa depan yang cerah
Dari segi pandangan normal ronaldo mempunyai masa depan yang cerah. Walaupun masih muda namun boleh melangkah jauh, meninggalkan pemain-main lain. Bakat yang dianugerahkan dipraktikkan dengan baik. Setiap dari kita pasti mahukan kejayaan bukan?
Pemain bolasepak boleh menjadi ilham dalam dunia blogging. itulah akibat peminat tegar bolasepak
Dan harus disedari bahawa keadaan sekeliling juga mampu diilhamkan untuk menjadikan sekeping entri
WanPerlis – ini blog baru saya
Mar 28th

Ya ya inilah blog baru aku. wanperlis.com. yiipieeeee <- seronok terlebih sudah
Sejak sekian waktunya di blogspot, dah tiba masanya untuk aku berhijrah. ya berhijrah ke blog self hosting. Terima kasih atas sokongan anda. Kenangan di WanPerlis – KemanaArahKita tetap tidak akan aku lupakan. Disinilah langkah aku bermula. Daripada menulis secara suka-suka kepada serius(serius la sangat)Kepada justkhai, aenaz, murkiester, mohdisa dan aizuddin, wa caya sama lu. Aku beranggapan penulis dan pembaca bagai aur dengan tebing. saling memerlukan antara satu sama lain. Thanks kepada reader dan follower WanPerlis – KemanaArahKita. Lepas ni sambung di blog ni pulak ye.
Terima Kasih semua.. kecil tapak tangan stadium bukit jalil aku tadahkan. Siapalah blogger tanpa reader
Dengan ini aku merasmikan wanperlis.com dan korang menjadi saksi.
p/s : komen jangan tak komen. aku baru nak mula ni
