Awak Kawan Saya Juga
Posts tagged ohcerita
Najwa Latif si gadis Youtube
Feb 22nd

Youtube bukan saja menjadi tempat hiburan semata-mata. Kini Youtube menjadi platform terbaik untuk seseorang mengembangkan bakat dan berkarya. Kita sudah mengenali Yuna, Ana Raffali, Melda Ahmad dan Fynn Jamal. Malah mereka pernah memenangi beberapa anugerah. Yang terbarunya ana raffali. Semuanya bermula dengan Youtube. Tidak kurang juga dengan Ainan Tasneem, fans nya di pesbok hampir 13 ribu.
Najwa Latif
Kini yang terbaru, Imratul Najwa bt Abdul Latif atau nama penanya Najwa Latif mengembangkan bakat dan minatnya di youtube. Boleh tengok sendiri di channel youtube gadis ni. Vokal pun boleh tahan. Tak boleh nak komen lebih sebab diri sendiri bukan komposer mahupun cikgu vokal.hehe. Yang pastinya penampilan Najwa latif ni lebih baik dari artis-artis di luar sana. Cuma kalau nak lebih mantap cuba cipta lagu sendiri, contohi Yuna dan Ana raffali. Package dah ada. Dan tak mustahil suatu hari nanti boleh melangkah ke mainstream.
Blog rasmi Najwa Latif coming soon <– dapat sponser
Twitter Najwa Latif
Blogspot Najwa Latif

Perbezaan Antara Penyokong dan Penonton Bolasepak
Feb 13th



1. Sentiasa ke Stadium
Penyokong akan sentiasa ke stadium. Tak kira samada perlawanan itu menarik ataupun tidak. Malah penyokong akan turun ke stadium untuk menyaksikan seisi latihan pasukan kesayangan. . Berbeza dengan penonton, mereka jenis memilih perlawanan. Perlawanan menarik baru nak ke stadium. Lebih tragis lagi mereka akan menjadi penonton di depan tv bila tahu perlawanan itu ada live di televisyen
2. Sikap atau Attitude
Ini adalah perbezaan ketara antara penyokong dan penonton. Penyokong lebih profesional dan berdisiplin daripada penonton. Penyokong tidak akan membaling objek ke padang dan tidak akan bergaduh. Berbanding dengan penonton, mereka akan membaling apa saja objek yang ada di tangan mereka, botol, mercun, bata, burger dan lain-lain. Emosi sudah tidak terkawal. Penyokong tidak akan memaki pemain bila pemain melakukan kesilapan. Dalam situasi tertentu sahaja penyokong akan bersuara keras, contohnya seperti Malaysia vs China di sukan asia 2010. ben williams stupid reff
3. Budaya Menyokong
Cara sokongan antara penyokong dan penonton amat berbeza. Penyokong akan menyokong pasukan mereka dengan penuh semangat(all out) dan unik. Keputusan perlawanan tidak mempengaruhi mereka untuk menyokong. Sekalipun pasukan pilihan ketinggalan, mereka tetap dan terus menyokong. Penonton lebih suka menunjukkan sikap najis mereka. Bagaimana sikap najis ini? Sikap najis adalah keluar stadium awal sebelum permainan tamat. Padahal masa masih ada 20minit. Pendek kata mereka adalah lalang. lalang yang ditiup angin
4. Identiti dan Spirit
Penyokong akan sentiasa berasa excited. Tak sabar menunggu perlawanan seterusnya. Semangat dan jiwa mereka berbeza dengan penonton. Orang lain tidak akan tahu.M ereka sendiri merasakannya. Semangat tak pernah hilang
Sampai pada satu level, penyokong ini bukan lagi digelar penyokong. Mereka digelar Ultras
Sketsa di stadium
Brader A : hangpa dok buat gila pa. tengok bola dah la
Kami : hang pasaipa wei? biaq p kat kami la nak sokong lagu mana pun. nak hingaq ka nak joget ka. hang takmau hingaq p kenduri arwah la.
aku rasa baik p stadium dari kenduri arwah <- statment berani mati? jangan cepat melatah, tengok video ni. Oh pasni ada la yang tuduh aku wahabi ~ haha off topik
picture kredit to Ultras Malaya
Anak Kecil Main Api
Feb 6th
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Cara Main Facebook
Jan 20th

1. Bagaimana nak remove friends ?
Taipkan di address bar facebook.com/friends
senarai kawan anda dalam pesbok akan terpapar. klik X untuk remove sesiapa yang tidak berkenaan
.
.
2. Set kan profile dengan lebih kemas
Setkan link profile anda sendiri. Ini bertujuan untuk lebih mudah kawan anda view profile anda dan kelihatan lebih kemas. di address bar taip facebook.com/username
Cara ini jugak boleh digunakan untuk setkan nama group atau pages anda
.
.
3. Melihat pages atau group
Untuk melihat pages atau group yang anda like, taip facebook.com/pages
Anda dapat lihat pages yang anda like dengan lebih kemas. Lakukan pesbok management
.
.
4. Sila gunakan nama betul anda. Jangan menggunakan nama pelik-pelik. Kan nama yang diberikan oleh mak ayah kita dah cukup baik. Ini juga memudah kawan lama atau bekas kekasih anda mencari anda
***off topik – Tahniah kepada negeri yang berjaya mewujudkan ultras. Stand Together team !

Sir Alex buy Safee Sali player from Malaysia. Haha nanti dapat cuti umum seminggu
ini serius ok. tak tau nak kata la kalau masih tak malu jugak.katmana lagi sesuai letak sign ni?
boleh buat tak ekspresi muka macam ni.hehe