Awak Kawan Saya Juga
Posts tagged perlis indera kayangan
Langit Tak Selalu Cerah
Mar 28th

Kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan.
Kegagalan tak pernah diundang. Namun kegagalan datang jua
Kenapa kegagalan datang walaupun kita tidak menjemputnya?
Kerana manusia itu lemah. Manusia perlu penggantungan kepadaNya.
Mungkin juga kerana Usaha yang tidak mencukupi menyebabkan kita gagal
Namun…
Gagal bukan bererti kalah
Gagal bukan bererti gagal selamanya
Sebenarnya gagal mendidik kita erti usaha dan kejayaan.
Kegagalan mengajar kita supaya berusaha dengan lebih gigih dan ikhlas
Kegagalan mematang dan mendewasakan kita
Kegagalan juga mengajar kita berdiri dikaki sendiri.
Peredaran zaman terus kehadapan
Masa tidak boleh diundur sekalipun sesaat
Sejarah membuktikan bahawa manusia perlu kepada perubahan
Singkap kembali Zaman Kesultanan Melayu Melaka
derita merindu itu terkadang dapat dirasai
Pada zaman itu Melaka antara empayar terbaik
Dengan kekayaan hasil bumi, ekonomi yang stabil dan kedudukan yang stategik.
Ini menarik minat portugis
Kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka pada 1511 membuktikan kegagalan
Kegagalan ini yang menyedarkan masyarakat ketika itu dan kita pada hari ini.
Daripada kegagalan itu bangkitnya semangat untuk berjaya
sejarah mengajar kita bahawa hidup mesti berani untuk gagal.
Gagal bukan perkara luar biasa
Gagal itulah permulan kepada kejayaan !
p/s : follow my twitter

Update Ringkas
Mar 14th

sekadar gambar hiasan
1. Simpati dengan gempa bumi dan tsunami di Jepun
2. Macam biasa lah, kehidupan semakin hari semakin gembira dan bahagia
3. Hepi school holiday kepada adik-adik. Manfaatkan cuti sekolah sebaiknya. Budak-budak SPM plak mesti tengah demam
4. Berada di Taipeng Perak selama 3 hari 2 malam
5. Baru melancarkan blog baru. Peminat bolasepak boleh klik disini
6. Follow my Twitter
7. Cukup setahun blogging menggunakan WordPress. Imbas kembali entri pertama
Thanks semua yang follow dan komen blog ni

Cadangan Saya kepada Najib Razak
Mar 4th
1. Menasihati isteri menutup aurat
Saya pasti dalam 28 juta rakyat Malaysia sekarang, ramai yang meluat dengan rosmah mansor atau bikmama. Bikmama bertindak seolah-olah timbalan perdana menteri. sungguh busybody. Mukanya lebih banyak kelihatan di kaca tv berbanding muhyiddin yassin. Saya juga mencadangkan kepada najib razak supaya menasihati bikmama agar kurangkan melaram dan yang lebih penting adalah menutup aurat. Suami yang membiarkan isteri membuka aurat adalah dayus. Tak kira besar manapun pangkat kita, disisi Islam kita tetap sama. Begitu juga kepada pak-pak menteri yang lain, nasihat isteri anda menutup aurat
2. Mengurangkan Cukai
Apa kes makan kepsi(kfc) kena goverment tag dekat RM2.00? RM2.00 tu sepatutnya dah boleh isi minyak kenderaan rakyat jelata. Itu baru bab makan kepsi, belum masuk bab rumah, kereta, tanah dan lain-lain lagi. Tidakkah ia membebankan rakyat? Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan? Orang Langkawi takpa la.hehe
3. Jadikan PTPN dan PTPK sebagai biasiswa
Ada baiknya PTPN dan PTPK dijadikan biasiswa. Mungkin kedengaran tidak logik dan mustahil bukan? Kalau tak boleh dijadikan biasiswa pun harap Perdana Menteri dapat kurangkan kos pentadbiran kepada 1% . kuasa ditangan anda. Dah la bunga tinggi. Pinjam RM15 000 kena bayar RM18 000. Tak patut tau
Sekian
Sebarang cadangan, pendapat, dan komen dipersilakan

6 Progresif tv9
Feb 26th

Skali lagi drama yang berjaya menarik minat aku. 6 PROGRESIF. 6 Progresif amat sesuai dengan jiwa anak muda atau remaja. Berlatar belakangkan kehidupan di sekolah, konflik yang berlaku dan cabaran yang dihadapi di sekolah. Drama ini pasti mengingatkan kita di zaman persekolahan yang gila-gila dan happening. OST drama ni pun best. Muda dari kumpulan Hujan.
Blog 6 Progresif – ada contest tiru gaya 6 Progesif
Wallpaper 6 Progresif pertama
Wallpaper 6 Progresif kedua
Mula Tayangan: 13 Januari
Hari Tayangan: Setiap Khamis
Masa Tayangan: 8.30 malam
Pelakon: Zahiril Adzim, Nas-T, Hanis Kamal, Nabila Dally dan Faralyna Idris
Episode: 14 episod
bagi mereka yang terlepas ikuti 6 Progresif boleh download disini

Sinopsis 6 Progresif
6 Progresif mengisahkan tentang perjalanan para pelajar di SMK Sungai Terok terutamanya kelas 6 Progresif. Seorang Budak Baru telah dihantar oleh bapanya ke sekolah tersebut setelah dibuang sekolah atas salah faham bahawa dia telah meniru semasa peperiksaan. Di SMK Sungai Terok, Budak Baru (Hanis Kamal) telah ditempatkan di dalam kelas 6 Bestari, kelas aliran Sains yang terbaik di sekolah itu oleh Cikgu Ahmad, lalu dia berkenalan dengan Nik Adli, Dahlia, Lily dan Kecoh
Lily merupakan seorang pengawas sekolah dan Kecoh adalah Ketua pengawas sekolah dari kelas 6 Bestari. Nik pula merupakan ketua kelas 6 Progresif dan Dahlia juga seorang pelajar dari kelas 6 Progresif. Pengetua SMK Sg Terok (Khatijah Tan) dan guru disiplin sekolah tersebut, Cikgu Ahmad (Zaibo), ingin membuat pembaharuan dan mengarahkan Kecoh memberi jawatan ketua kelas kepada Budak Baru dan ini telah membuatkan Kecoh tidak berpuas hati. Kecoh memberi rekod disiplin Budak Baru kepada Cikgu Ahmad yang terpaksa membuat keputusan untuk menukarkan Budak Baru dari kelas 6 Bestari ke kelas 6 Progresif.
Kelas 6 Progresif adalah sebuah kelas yang penuh dengan pelajar-pelajar ‘reject’ dan untuk aliran kemanusiaan. Pergolakan berlaku apabila Budak Baru dilantik secara rasmi untuk menjadi penolong tingkatan 6 Progresif ekoran pertolongan Nik menyelamatkan Budak Baru dari geng rempit dan geng sideburn. Budak Baru melalui hari-hari di SMK Sungai Terok dengan pelbagai konflik yang amat menguji kesabarannya.
Konflik demi konflik terus berlaku di 6 Progresif dan kekecohan berlaku pada minggu ko-kurikulum di antara Nik dan Kecoh kerana berebutkan Budak Baru untuk menyertai kelab masing-masing. Pada masa yang sama, Lily pula mencuba sedaya upaya untuk menggoda Budak Baru setelah mengetahui rekod baik dan latar belakang Budak Baru.
Melangkah masuk ke sekolah baru bukanlah sentiasa mudah kerana terpaksa meninggalkan rakan-rakan lama dan sekaligus mengenali pelajar-pelajar baru dengan suasana dan persekitaran yang amat berbeza sekali. Persediaan mental merupakan persediaan yang paling penting ketika melangkah ke sekolah baru. Perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru, inginkan kebebasan dan pemberontakan pasti terngiang-ngiang di kepala mereka


