Awak Kawan Saya Juga
Posts tagged perlis indera kayangan
Ramadan Ini Milikku!
Aug 11th

Alhamdulillah
Kita dipertemukan lagi dengan bulan yang mulia lagi berkat, Ramadan al-Mubarak. Bulan yang dinanti-nanti oleh setiap umat Islam. Bersyukur kita masih lagi diberikan masa, peluang, kesempatan untuk menikmati Ramadan. Ambil lah kesempatan ini untuk menambah dan memperbaiki amalan kita. Banyakkan lagi melakukan perkara sunat.
Puasa kali ni :
1) Solat sunat tarawikh mesti penuh
2) Nak ke bazar Ramadan 2 kali ja(kadang2 bazar ramadan boleh jadi tempat maksiat)
3) Berbuka dengan air masak
info mengenai Ramadan atau posa download disini hanya 391kb
amat baik untuk pembacaan sempena Ramadan ni
Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Perkhidmatan Internet di Malaysia
Jul 31st

Pembekal perkhidmatan internet di negara kita tidaklah banyak seperti negara lain. Kita dah biasa dengan Telekom, Jaring, Maxis, Digi dan P1 Wimax. Malaysia menduduki tangga ke 105 melalui ujian sambungan internet yang dilakukan.
Namun persoalannya bilakah kita sebagai pengguna akan mendapat perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang berpatutan?
384kbps – RM33
512kbps – RM45
1mbps – RM58
Di atas ini package yang sewajarnya untuk kita rakyat Malaysia(pendapat aku)
Dimana P1 Wimax? Kurang kedengaran sekarang ni, tak seperti awal-awal kemunculan. Masih tiada package baru atau promosi baru?
Perkara Menarik Jun 2010
Jun 29th

Entri penutup untuk Jun 2010
1) Bantuan Ke Gaza
Misi bantuan kemanusiaan ke Gaza bermula pada penghujung Mei. Satu dunia alert tentang perkara ni. sekali lagi kita dapat lihat kebiadapan dan kezaliman israel. Serangan ke atas kapal bantuan ke Gaza dan beberapa orang dibunuh. PBB seperti tidak berfungsi
2) SUKMA ke-13
Temasya sukan dwitahunan yang bermula pada 10 hingga 19 Jun 2010 di Melaka. 10 rekod kebangsaan dan 90 rekod kejohanan tercipta pada temasya kali ini. Terengganu menjadi juara dua kali berturut-turut. Atlet lelaki yang memenangi paling banyak emas adalah Mohd Hanizam Ramli dari Perlis dengan kutipan 5 emas
3) FIFA World Cup 2010
This time for africa. Kejohanan bolasepak terbesar di dunia bermula pada 11 Jun hingga 11 Julai 2010. Boleh dikatakan separuh perjalanan telah berlalu. Finalis 2006, Perancis dan Itali tidak layak ke peringkat 16 terakhir (aku tak terkejut) Jermen menidakkan England ke suku akhir (match ni amat menarik)
4) ariel peterporn dan luna maya
Segelintir orang indonesia mengamalkan Islam liberal. Tak hairan terjadinya perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam. Harap negara kita bebas dari Islam liberal ni. Jangan sekadar Islam pada nama dan ic !
5) Hellioz dan Justkhai ?
Suka hati hangpa la labu… sampai bila kan?
Apa lagi perkara menarik sepanjang Jun 2010?
p/s : tak upgrade lagi ni ke WP 3.0
5 website popular didunia
Jun 22nd

Berikut website paling popular didunia mengikut ranking alexa
1. Google
Dalam dunia siber taksah kalau tak kenal google. Syarikat gergasi search engine. Sumber utama mencari maklumat atau info. Pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh google seperti blog, gtalk, emel, gambar, group, map dan lain-lain. Adakah anda kenal siapa Eric Schmidt?
.
.
2. Facebook
Dikendalikan seorang pemuda yang berasal dari New York berusia 25tahun mark zuckerberg. Pada mulanya dikenali sebagai facemash pada tahun 2004 dan hanya digunakan oleh pelajar Universiti Harvard. Dilancarkan secara rasminya pada 2007. Pengguna facebook di Malaysia menghampiri angka 7 juta. Kini rakyat Malaysia addict kepada facebook. Setiap hari login. anda mungkin salah seorang
.
.
3. Youtube
Laman video streaming atau perkongsian video yang dilancarkan pada tahun 2005. Menjadi hak milik google pada 2006 dengan pembelian US$1.65 Billion (RM4.27 Billion) Youtube menampung berjuta-juta video dari yang baik hingga yang tidak baik. Harap anda dapat support video streaming dari anak Melayu kita, 1tube. Pasti ramai yang tidak mengetahuinya
.
.
4. Yahoo !
Sebelum kehadiran google, yahoo merupakan search engine no 1 (aku mengenali yahoo dulu sebelum google) Kini yahoo menduduki tangga ke-2 selepas google. Servis lain yang ditawarkan oleh yahoo adalah yahoomail, flickr, yahoomassager dan lain-lain. Tahukah anda apa yang akan terjadi apabila anda klik pada tanda seru pada logo Yahoo ! ?
.
.
5. Live.com
Dikendalikan syarikat pengkomputeran terkenal iaitu Microsoft. saudara kepada live adalah Bing dan MSN
.
.
6. Baidu
7. Wikipedia
8. Blogger
9. MSN
10. QQ
11. Twitter
