Awak Kawan Saya Juga
Posts tagged phobia phoney
Anak Kecil Main Api
Feb 6th
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010
Dec 30th

Syukur
29 Disember 2010 menjadi sejarah kepada rakyat Malaysia dan pasukan bolasepak Malaysia (Harimau Malaya) apabila menjadi juara Piala AFF Suzuki 2010 setelah 14 tahun lamanya. Malaysia menjadi juara buat pertama kalinya sejak kejohanan ini bermula. Malaysia dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan indonesia dengan agrerat 4 – 2. Perlawanan akhir pertama berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Disember 2010. Dengan sokongan padu yang diberikan oleh 80 000 penyokong Malaysia di SNBJ dan 20 juta didepan kaca tv, Malaysia berjaya menewaskan indonesia dengan jaringan 3 – 0. Pada perlawanan ini Malaysia menunjukkan kualiti permainan yang baik dan menghiburkan.
Pada perlawanan akhir ke-2 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Malaysia tewas tipis dengan jaringan 2 – 1. Namun keadaan ini tidak menjejaskan pasukan Malaysia membawa pulang piala terbaik dirantau Asia Tenggara.
Tahniah Harimau Malaya. Inilah hadiah terbaik kepada rakyat Malaysia untuk tahun 2010
Perkara menarik piala AFF Suzuki 2010
1) Malaysia juara buat pertama kalinya
2) PM memberi cuti umum pada 31 Disember
3) Rio ferdinand turut menyaksikan perlawanan Malaysia dan mengucapkan tahniah kepada bolasepak Malaysia
4) Malaysia juara menjadi mukadepan media cetak dan media elektronik
5) Isu laser
6) indonesia tidak dapat menerima hakikat mereka kalah, pelbagai cerita merapu dicanang
Terima kasih kepada Ultras Malaya kerana kalian adalah pemain yang ke 12

Denyut Kasih Medik
Oct 5th

Denyut Kasih Medik mengisahkan perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih(houseman). Doktor yang penuh dengan impian dan cita-cita. Turut menyentuh isu-isu perubatan dalam masyarakat masa kini. Lebih menarik Denyut Kasih Medik menyelitakan fiqh wanita dan fiqh cinta
Peminat novel islamic pasti sudah membaca Denyut Kasih Medik. Ini kerana tak banyak novel islamic jika dibandingkan dengan novel bergenre cinta. Kepada peminat novel, apakata beralih angin sikit. Kita baca novel islamic plak. Dan kepada kalian yang baru cuba membaca novel, Denyut Kasih Medik adalah pilihan yang tepat. Ini kerana bahasa yang digunakan cukup mudah dan ketebalan novel hanya 390 mukasurat. Disamping kisah yang digambarkan dalam Denyut Kasih Medik cukup menarik. Penulis novel denyut kasih medik adalah Dr Farhan Hadi, suami kepada novelis yang aku kagumi iaitu akak Fatimah Syarha
“sanggup kawanku mengizinkan aurat isterinya terdedah dan disaksikan oleh khalayak ramai. Bertaubahlah kawanku. Jagalah aurat isterimu. Jangan jadi lelaki dayus!“ – petikan daripada novel denyut kasih medik
Update ala-ala Mahathir
Sep 25th

1. Alhamdulillah hidup semakin bahagia dan rezeki semakin murah
2. Masih dalam mood raya?
3. Apa cerita sukan komenwal 2010 di India? macam kurang berjaya ja
4. Ranking alexa wanperlis menunjukkan peningkatan
5. Terima Kasih kepada kalian yang singgah, membaca entri dan komen. Terus suppport blog ni ok
6. Oh jangan lupa follow on twitter jugak
7. Jom layan video paku dan belacan. hehe

Mengenali Sikap Rakyat Malaysia episod 1
Sep 18th

1. Membuang Sampah Merata-rata
Perkara ni bukanlah sesuatu yang aneh. Sebab tu kita tak hairan apabila ternampak sampah di kaki lima, bahu jalan, taman reakriasi, dalam sungai dan lain-lain tempat lagi . Kadang-kadang kita jugak akan nampak papan tanda yang tertulis “di larang membuang sampah disini” Bagaimana papantanda di boleh wujud? Kalau nak tengok ‘pemandangan indah’ ni boleh tengok dibawah tangga flat, selepas pasar malam atau selepas menyaksikan perlawanan bolasepak di stadium berdekatan kita(kat anfield takdanya) Tetapi sejak kebelakangan ni bukan sampah ja yang dibuang. Anak pun dah jadi macam sampah
2. Tandas Awam Kurang Memuaskan
Tak kira tandas awam di perhentian R & R, shopping complex, kawasan pelancongan lebih kurang ja. Boleh dilabel sebagai pencemaran alam jugak la. Amat malu nak tanya kat mat salleh ” what r u think about public toilet at Malaysia? adesss… jaga la skit kebersihan tandas woi! hang jugak yang berak kan.
3. Iklan Serabut
Selalunya iklan-iklan ini menghiasi public phone, bus stand, tiang traffic light dan dinding2 premis. Antara iklan yang popular adalah
i) pinjaman untuk anda. blacklist diterima. kami bukan ahlong, kami cuma nak tolong
ii) dapatkan pil kuat. murah, senang dan berkesan
iii) masih tidak bekerja? jawatan kosong sila hubungi 019-xxxxxxx
iv) mencari kereta terpakai? tiada wang muka
