Awak Kawan Saya Juga
Posts tagged tasoh lake resort
Facebook dan Mind Control ?
May 20th

Setakat ni takda lagi laman web sosial yang dapat menandingi facebook. Penerimaan facebook dinegara kita jugak baik. PM pun menggalakkannya. Sepupu aku yang darjah 3 pun ada facebook. Boleh tahan jugak penangan facebook ni. Malah ada yang sanggup habiskan separuh harinya dengan facebook. Tak sempurna hidup tanpa facebook.
Kita lihat kontra dari facebook
1) leka dengan fb sehingga kerja dalam dunia realiti terabai
2) masa terbuang main game di fb, sanggup tak makan
3) prestasi kerja kakitangan kerajaan merosot, student malas nak buka referellbook
4) ugutan, ancaman dan makian serta pendedahan aurat
5) tidur lewat, 4 pagi
6) tak bermasyarakat dengan orang lain, dok rumah berfacebook ja. Jiran kampung sebelah meninggal pun taktau. Ini amat parah
Aku tak terkejut bila negara-negara timur tengah tidak membenarkan akses facebook, mahkamah Lahore mengharamkan facebook di Pakistan dan Majlis Ulama Indonesia mengeluarkkan fatwa pengharaman facebook dan baru-baru ada yang mati kerana facebook. Itu realiti yang kita nampak. Tapi bagaimana realiti disebaliknya. Darkside dari facebook. Yang dikaitkan dengan Yahudi, Freemason, Mind Control, CIA dan lain-lain. Anda mempercayainya?? Aku taknak ulas pasal ni kerana aku tidak mengkajinya. Mungkin ada blogger lain boleh ulas.
Apa yang pro dari facebook? Ya anda sendiri mengetahuinya. Mungkin ada yang melihat lebih banyak pro dari kontra dan sebaliknya. Itu terpulang kepada kita untuk menilainya
Soaljawab bersama Wan Perlis part 2
May 11th

Kembali lagi kita seisi soaljawab bersama wan perlis. Ini adalah sambungan dari part sebelum ini. Apa lagi mari kita ikuti seisi soaljawab kali ini
Soalan dari Amir Ohmalaysia
Kenapa wan guna nama wanperlis?
Ya wan menggunakan nama wan perlis sebagai trademark tersendiri dan melambangkan anak jati Perlis. selain itu domain ini senang diingat oleh sesiapa saja
.
.
Soalan dari murkiester
Apa ciri-ciri gadis idaman en wan kita neh?
Simple ja gadis idaman saya. Solehah, manis dan caring. Jika pandai memasak tomyam itu adalah satu bonus
.
.
Seterusnya soalan dari akak fiezaradzi
Habis sekarang single,bila nak update status tu?
Akak boleh tolong cari sorang untuk wan.hehe
.
.
Negara manakah yang ingin en wan jejak kaki?
Jepun, Arab Saudi dan Finland. Bagi saya negara ini amat menarik, bersih dan mempunyai teknologi yang mengagumkan
.
.
Bolasepak piala dunia tak lama lagi ni. Pasukan mana yang menjadi pilihan en wan?
Saya menyokong negara ke 33. Proud to be Malaysian
.
.
Filem apakah yang menjadi kegemaran en wan?
Ketika cinta bertasbih menunjukkan kualiti filem sebenar. scene-scene yang menarik dan skrip yang mendalam berjaya dihasilkan. Kita dapat lihat unsur positif dari filem ini
.
.
Apa yang en wan ingin katakan pada dunia?
Where is the love? Dunia seakan kurang kasih sayang. Manusia semakin rakus, mementing diri sendiri. Kadang-kadang kita hanya nampak yang dekat, tapi yang jauh kita buta. Apa semua ini? ah aku tak faham
To Be Continue…
