Awak Kawan Saya Juga
Posts tagged uitm arau
Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010
Dec 30th

Syukur
29 Disember 2010 menjadi sejarah kepada rakyat Malaysia dan pasukan bolasepak Malaysia (Harimau Malaya) apabila menjadi juara Piala AFF Suzuki 2010 setelah 14 tahun lamanya. Malaysia menjadi juara buat pertama kalinya sejak kejohanan ini bermula. Malaysia dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan indonesia dengan agrerat 4 – 2. Perlawanan akhir pertama berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Disember 2010. Dengan sokongan padu yang diberikan oleh 80 000 penyokong Malaysia di SNBJ dan 20 juta didepan kaca tv, Malaysia berjaya menewaskan indonesia dengan jaringan 3 – 0. Pada perlawanan ini Malaysia menunjukkan kualiti permainan yang baik dan menghiburkan.
Pada perlawanan akhir ke-2 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Malaysia tewas tipis dengan jaringan 2 – 1. Namun keadaan ini tidak menjejaskan pasukan Malaysia membawa pulang piala terbaik dirantau Asia Tenggara.
Tahniah Harimau Malaya. Inilah hadiah terbaik kepada rakyat Malaysia untuk tahun 2010
Perkara menarik piala AFF Suzuki 2010
1) Malaysia juara buat pertama kalinya
2) PM memberi cuti umum pada 31 Disember
3) Rio ferdinand turut menyaksikan perlawanan Malaysia dan mengucapkan tahniah kepada bolasepak Malaysia
4) Malaysia juara menjadi mukadepan media cetak dan media elektronik
5) Isu laser
6) indonesia tidak dapat menerima hakikat mereka kalah, pelbagai cerita merapu dicanang
Terima kasih kepada Ultras Malaya kerana kalian adalah pemain yang ke 12

Update ala-ala Mahathir Edisi ke2
Dec 24th

1. Macam biasalah, hidup semakin hari semakin bahagia dan murah rezeki
.
.
2. Pantas masa berlalu, pejam celik pejam celik dah nak abis 2010. Tak sedar masa berputar. Bagi saya, tak perlu dikenang perkara dah lepas
.
.
3. Dah habiskan cuti sebaiknya? Tahun ni saya takda pergi bercuti mana-mana. Kesian kat 1 family ni, mai dari Johor bercuti ke Langkawi, tapi balik hari ja. sebabnya hotel, chalet, homestay semua penuh. Balik ke Perlis pun hotel, homestay penuh jugak. Tu la pakcik, awat tak plan awal-awal
.
.
4. Tahniah kepada adik-adik PMR yang cemerlang dan selamat kembali ke sekolah jugak
.
.
5. Ahad pagi akan bertolak ke Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada pasukan bolasepak Malaysia, final piala AFF Suzuki. Nantikan kami penyokong dari Perlis
.
.
6. Semestinya saya masih single hingga hari ini
.
.
7. Jom layan lagu pancaroba dari Grey Sky Morning. suka liriknya “jangalah dikenang kita bangkit semula“
.
.
8. Follow my twitter
.
.
9. Terima kasih kepada kalian yang singgah dan baca blog ni
Mengenali Sikap Rakyat Malaysia episod 1
Sep 18th

1. Membuang Sampah Merata-rata
Perkara ni bukanlah sesuatu yang aneh. Sebab tu kita tak hairan apabila ternampak sampah di kaki lima, bahu jalan, taman reakriasi, dalam sungai dan lain-lain tempat lagi . Kadang-kadang kita jugak akan nampak papan tanda yang tertulis “di larang membuang sampah disini” Bagaimana papantanda di boleh wujud? Kalau nak tengok ‘pemandangan indah’ ni boleh tengok dibawah tangga flat, selepas pasar malam atau selepas menyaksikan perlawanan bolasepak di stadium berdekatan kita(kat anfield takdanya) Tetapi sejak kebelakangan ni bukan sampah ja yang dibuang. Anak pun dah jadi macam sampah
2. Tandas Awam Kurang Memuaskan
Tak kira tandas awam di perhentian R & R, shopping complex, kawasan pelancongan lebih kurang ja. Boleh dilabel sebagai pencemaran alam jugak la. Amat malu nak tanya kat mat salleh ” what r u think about public toilet at Malaysia? adesss… jaga la skit kebersihan tandas woi! hang jugak yang berak kan.
3. Iklan Serabut
Selalunya iklan-iklan ini menghiasi public phone, bus stand, tiang traffic light dan dinding2 premis. Antara iklan yang popular adalah
i) pinjaman untuk anda. blacklist diterima. kami bukan ahlong, kami cuma nak tolong
ii) dapatkan pil kuat. murah, senang dan berkesan
iii) masih tidak bekerja? jawatan kosong sila hubungi 019-xxxxxxx
iv) mencari kereta terpakai? tiada wang muka
Respon terhadap Samad Jual Burger dan Perempuan Materialistik
Sep 3rd

Pasti kalian telah mengetahui kisah Samad si penjual burger dengan tunangnya. Bagi yang belum mengetahui sila ke sini. Aku ingin respon sikit tentang situasi ni.
Ok street to the point dengan kata mudah tunang samad curang, mempunyai lelaki lain. Dengan alasan bahawasanya Samad penjual burger, tidak kaya dan tidak mempunyai masa depan. Oh hina sangat ka orang jual burger? masa depan kita boleh nampak dengan nyata ka? Inilah contoh perempuan materialistik yang baik. Sorry to said, perempuan macam ni kurang bernilai. Boleh dibeli dengan duit. Asal kaya ja boleh tackle perempuan macam ni.
Kalau ya pun dah tak suka dan nak putus, biarlah dengan cara baik. Bukan dengan penghinaan seperti yang keluar dari mulut tunang Samad tu. Kalian yang menonton filem Ketika Cinta Bertasbih 2 pasti tahu bagaimana baik dan bijaknya Furqan memutuskan perhubungan dengan Anna Althafunnisa
Kepada Samad, kat Malaysia ni ramai lagi perempuan lebih baik dari minah chyrel tu. facebook group kami menyokong Samad pun dah ada. hahaha ![]()
Kepada chyrel anda patut belajar daripada ini

bila diadun-adunkan jadi chrome