Awak Kawan Saya Juga
Posts tagged uitm arau
Ramadan Ini Milikku!
Aug 11th

Alhamdulillah
Kita dipertemukan lagi dengan bulan yang mulia lagi berkat, Ramadan al-Mubarak. Bulan yang dinanti-nanti oleh setiap umat Islam. Bersyukur kita masih lagi diberikan masa, peluang, kesempatan untuk menikmati Ramadan. Ambil lah kesempatan ini untuk menambah dan memperbaiki amalan kita. Banyakkan lagi melakukan perkara sunat.
Puasa kali ni :
1) Solat sunat tarawikh mesti penuh
2) Nak ke bazar Ramadan 2 kali ja(kadang2 bazar ramadan boleh jadi tempat maksiat)
3) Berbuka dengan air masak
info mengenai Ramadan atau posa download disini hanya 391kb
amat baik untuk pembacaan sempena Ramadan ni
Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Through My Window
Aug 5th

Seperti diketahui lagu Through My Window bukan lah lagu baru. Lagu ni diperdengarkan pada tahun 2009. Pada mulanya lagu Through My Window diperdengarkan di stesen-stesen radio dalam bentuk misteri. Misteri yang timbul dimana orang awam berteka-teki siapa penyanyinya dan tujuan lagu ini dimainkan
The Making of Through My Window menarik video ni
Through my window mempunyai pelbagai versi. Dari kebanyakkan didengar versi bunkface paling best.
Through my window from bunkface
Lirik lagu through my window
Everyone Connects official website
suka dengan lagu ni kerana bertenaga dan semangat !
Forum Pilihan
Jul 18th

forum ict berbahasa Melayu. pelbagai topik menarik berkaitan komputer dan lain-lain dibincangkan. Setakat ni forum putera mempunyai 41 641 ahli. amat dialu-alukan anda sertai forum ni. Antara sub topik yang menarik adalah seperti jati diri, english corner dan lain-lain lagi.
forum soaljawab agama yang selalu menjadi rujukan. Ahli-ahli forum mempunyai pengetahuan agama yang baik. Ahli-ahli forum terdiri daripada Kapten Hafiz Firdaus, An-Nawawi… Kemukakan kemyuskilan tentang hukum-hakam agama dan lain-lain yang berkaitan di al-fikrah
forum bolasepak Malaysia dan luar negara. Membincangkan perkembangan terkini bolasepak Malaysia. arah tuju, cadangan, kritikan dan masa depan bolasepak kita
antara forum lain yang menarik lowyat, syok, bincang, carigold …
kalian ada join forum? forum manakah menjadi pilihan?
5 website popular didunia
Jun 22nd

Berikut website paling popular didunia mengikut ranking alexa
1. Google
Dalam dunia siber taksah kalau tak kenal google. Syarikat gergasi search engine. Sumber utama mencari maklumat atau info. Pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh google seperti blog, gtalk, emel, gambar, group, map dan lain-lain. Adakah anda kenal siapa Eric Schmidt?
.
.
2. Facebook
Dikendalikan seorang pemuda yang berasal dari New York berusia 25tahun mark zuckerberg. Pada mulanya dikenali sebagai facemash pada tahun 2004 dan hanya digunakan oleh pelajar Universiti Harvard. Dilancarkan secara rasminya pada 2007. Pengguna facebook di Malaysia menghampiri angka 7 juta. Kini rakyat Malaysia addict kepada facebook. Setiap hari login. anda mungkin salah seorang
.
.
3. Youtube
Laman video streaming atau perkongsian video yang dilancarkan pada tahun 2005. Menjadi hak milik google pada 2006 dengan pembelian US$1.65 Billion (RM4.27 Billion) Youtube menampung berjuta-juta video dari yang baik hingga yang tidak baik. Harap anda dapat support video streaming dari anak Melayu kita, 1tube. Pasti ramai yang tidak mengetahuinya
.
.
4. Yahoo !
Sebelum kehadiran google, yahoo merupakan search engine no 1 (aku mengenali yahoo dulu sebelum google) Kini yahoo menduduki tangga ke-2 selepas google. Servis lain yang ditawarkan oleh yahoo adalah yahoomail, flickr, yahoomassager dan lain-lain. Tahukah anda apa yang akan terjadi apabila anda klik pada tanda seru pada logo Yahoo ! ?
.
.
5. Live.com
Dikendalikan syarikat pengkomputeran terkenal iaitu Microsoft. saudara kepada live adalah Bing dan MSN
.
.
6. Baidu
7. Wikipedia
8. Blogger
9. MSN
10. QQ
11. Twitter
Kenapa Youtube video streaming slow ?
May 28th

salam semua
Kali ini aku cuba terangkan kenapa sesetengah video yang di streamkan di youtube slow dalam masa yang sama sesetengah ok tanpa stuck untuk buffering
Ok secara generalnya ada beberapa sebab
1) Memang internet connection yang slow samada kita langgan package yang slow atau memang connection yang slow walaupun kita langgan package speed yang lebih tinggi
2) Server untuk video streaming yang slow..but dalam kes video dari youtube agak jarang sangat slow disebabkan oleh server dari youtube..kita tahu server youtube kepunyaan google yang mana server dan speed connection memang tip top
3) Internet provider dalam keadaan tertentu limitkan bandwidth dari video streaming site dengan alasan tertentu
4) Internet connection kita tak dapat dan keep-up untuk stream video disebabkan bitrate video lebih tinggi dari kelajuan internet connection kita.
Dalam kes no 4 ini lah yang sedang berlaku kepada kebanyakkan kita terutama di malaysia yang menggunakan streamyx package 1mb
Kalau kita langgan package 1mb (1024 kbps)secara genaral true speed yang kita dapat maximum dalam 850-950 kbps. Ini disebabkan banyak faktor contoh line telefon yang kita guna, dan sebagainya. Memang ada jugak yang langgan 1 mb tapi bila test dapat lebih dari 1 mb..dalam kes ini kemungkinan besar tmnet tersilap capping speed atau sengaja capping pada speed yang lebih untuk compensate masalah line yang slow dan sebagainya. But dalam kes ini aku just ambil general speed yang kita dapat kalau kita guna 1mb iaitu 850kbps…speed ini ada speed yang biasa kita dapat kalau tak ada masalah lain
.
.
Now apa kaitan dengan video youtube?? Sebenarnya kaitan dia sangat rapat . Speed yang laju dan stable membolehkan kita tengok video dari youtube smoothly tanpa tersekat-sekat. But sejak kebelakangan ini kita mungkin mengalami masalah video di youtube agak tersekat-sekat (stuck untuk buffering) walaupun speed internet connection kita ok.
Ini yang aku discover sejak kebelakangan ini. Ada beberapa video di youtube bila aku main smooth dan sesetengah video tersekat.
Sebelum aku terangkan lebih lanjut aku terangkan dulu format video yang digunakan oleh youtube
.
.
Pada peringkat awal youtube menggunakan format flash video (.flv) BTW flv hanya container tetapi di dalam container .flv ada dua format satu video dan satu lagi audio. untuk video format yang digunakan h.263 (Sorenson Video codec) dan audio boleh jadi dalam mp3 atau flaac . Pada masa ini jumlah bitrate (video + audio )untuk normal quality sekitar 400-700 kbps. Jadi kalau kalau line internet kita stable pada 850kbps memang tak ada masalah untuk tengok video smoothly
But sekarang youtube tetap mengunakan format flv untuk normal quality cuma di dalam flv itu sendiri format video dan audio telah ditukar kepada dari h.263 ke h.264 (avc) dan aac untuk audio. BTW format baru ini lebih baik sebab kalau dibandingkan quality video, h.264 (avc) lebih baik jika pada bitrate yang sama dengan h.263). BTW ia tak memberikan kesan kepada kelancaran video malahan kita boleh tengok quality video yang lebih pada pada bitrate yang sama
.
.
Apa yang menjadi masalah sekarang bukan semua video yang diuploadkan di youtube akan diencode atau di compressed pada bitrate dan video size (resolution) yang sama. Ia bergantung pada quality dan format asal video yang diupload. Sekiranya video tersebut asalnya video pada resolution dan bitrate yang rendah youtube akan encode pada sekitar 350-500 kbps pada resolution 340×240 dan jika video terbut pada asalnya dalam HD youtube akan encode pada bitrate dab resolution yag lebih tinggi. Ini yang berlaku sekarang kenapa sesteah video smmoth dan sestengah video tak smooth. Bagi pengguna internet di malaysia yang rata-rata menggunakan 1 mbps memang mengalami masalah ini. Bagi negara maju seperti US, France , japan, korea even jiran disebelah selatan internet speed memang tinggi paling kurang pun dalam 4mbps jadi masalah tersekat mungkin kurang berlaku dan pengalaman menonton video di youtube dalam HD agak smooth.
Gambar diatas adalah cth video dalam “normal quality” tapi diencode/compressed pada bitrate yang lebih tinggi
Kalau kita lihat gambar di atas video ini di “wrap” dalam container .flv tetapi video format sebenar adalah dalam format h.264 (avc) dan audio dalam format aac
Jika kita lihat birate video dieencode pada 788kbps dan audio pada 96kbps so total birate adalah 884kbps. Ini adalah “standard/normal” quality bukan high quality atau HD
.
.
Seperti yang aku ada terangkan tadi speed yang diperolehi bagi pengguna internet 1 mb dalam lingkungan 800 – 900kbps..speed ini dah kira optimum untuk package 1mbps. But kita tahu speed internet selalunya fluctuate. So dalam kes video di youtube birate untuk sesetengah video pada 884kbps so ini menyebabkan video tersekat dan tidak smooth.
Jadi ini adalah salah satu punca mengapa sestengah video kita tengok di youtube slow dan sestengah ok dan smooth. Jika kita ingin menonton video dengan lebih smooth terpaksa lah kita upgrade ke package internet yang lebih tinggi atau pun download video terbut menggunakan download manager cth IDM misalnya dan tonton secara offline.
Apa yang menjadi persoalan sekarang sampai bila speed internet di malaysia pada tahap begini. Bila agaknya internet provider akan menawarkan speed yang baik tetapi pada harga per megabit yang munasabah?
Good luck
IMPORTANT !
ini bukan penulisan Wan Perlis ! Penulis adalah Mohd Faizal
kredit untuk beliau. Topik ini kami bincangkan di putera dot com
