Awak Kawan Saya Juga
Posts tagged wanperlis
Ramadan Ini Milikku!
Aug 11th

Alhamdulillah
Kita dipertemukan lagi dengan bulan yang mulia lagi berkat, Ramadan al-Mubarak. Bulan yang dinanti-nanti oleh setiap umat Islam. Bersyukur kita masih lagi diberikan masa, peluang, kesempatan untuk menikmati Ramadan. Ambil lah kesempatan ini untuk menambah dan memperbaiki amalan kita. Banyakkan lagi melakukan perkara sunat.
Puasa kali ni :
1) Solat sunat tarawikh mesti penuh
2) Nak ke bazar Ramadan 2 kali ja(kadang2 bazar ramadan boleh jadi tempat maksiat)
3) Berbuka dengan air masak
info mengenai Ramadan atau posa download disini hanya 391kb
amat baik untuk pembacaan sempena Ramadan ni
Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Trend Bercinta Remaja Zaman Sekarang
May 4th

Pernah anda melihat pasangan yang tengah bahagia bercinta? Benarkah seperti yang dikata, bila bercinta semua perkara manis. Ah persetankan semua tu. Mari kita lihat tabiat-tabiat orang bercinta.
Motosikal dan Kereta
Perkara biasalah kan bermotosikal dan berkereta dengan boyfriend. Takkan berbasikal kot keluar dengan teman istimewa. Merendek dengan moto ni yang menjadi masalah. Agak tak manis dipandang masyarakat. “syg i ambik u kat simpang depan tu ye, u tunggu tau. kita g tengok wayang cita lelaki seterika” ahaha berani la kalau ambil anak dara orang depan rumah. Jawab la dengan parang makayah dia
Berpegangan Tangan
Berjalan di pesisir pantai, di shopping compleks, pasar malam, taman rekreasi.. Inikah bukti cinta? “Takpe inikan perkara biasa bagi orang yang bercinta, nanti kita nak kahwin jugak” Banyak la nanti nak kahwin. Entah-entah hati dah berubah. Hati manusia siapa boleh duga. Masa tu tau la langit tinggi ke rendah
Kongsi Minat
Boyfriend minat bola, si awek pun ikut. Awek minat photography,si lelaki cuba mendekati dan memahami photography. Padahal dalam hati “tidak, aku tak suka semua ni. terpaksa ikut sebab nak jaga hati” ahaha kata honest. Mana perginya honest tu?
SMS dan Call
Handphone tak pernah lekang dari tangan. Lawan berbalas mesej. Bila mesej tak reply merajuk. Pastu kena hantar report kat pasangan “b, i nak pegi pasar beli ikan, teman mak i” Mana nak pergi, dengan sapa kena bagitau. Memang terkongkonglah. Dah bercinta takkan tak percaya lagi kat pasangan?
Lagu Tema
Yang ni part paling best. Siap ada lagu tema lagi. Kononnya lagu tema mengingatkan perkara yang indah dan manis dalam percintaan. Baik jadikan lagu Cinta 3 Segi sebagai lagu tema.ahaha
Hurmm banyak lagi trend bercinta remaja zaman sekarang. Sila-sila tambah ye
Eh wan hang ni macam ada pengalaman ja? Arghh tidak-tidak.. Aku ada trend sendiri.
Kenal seminggu terus bawak awek balik rumah. kenal-kenal dengan family. Cukup sebulan terus nikah. Amacam ok tak? Mencari cinta yang halal
IMPORTANT !
kepada mereka yang bertanya soalan kepada Wan perlis, tunggu entri akan datang. sayonara
