Awak Kawan Saya Juga
Posts tagged zaman kanak kanak
Adab menguap dan bersin menurut Islam
Nov 8th

Islam adalah agama yang sempurna, aman dan mudah. Islam merangkumi semua aspek kehidupan manusia.
Adab menguap menurut Islam
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya)
“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka)” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab az-Zuhud, hadis no. 7129)
Juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya)
“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Permulaan Penciptaan, hadis no. 509)
Adab bersin menurut Islam
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
“Sesungguhnya Allah menyukai bersin, dan membenci tindakan menguap. Maka apabila seseorang itu bersin, maka pujilah Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”) Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Manakala menguap, ia adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah ia dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 242)
Di dalam riwayat yang lain, juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya)
“Jika seseorang itu bersin, maka hendaklah ia memanjatkan pujian kepada Allah (dengan mengucapkan “الْحَمْدُ لِلَّهِ”). Manakala bagi setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendoakannya (mendoakan saudaranya yang bersin) iaitu dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” (semoga Allah memberi rahmat kepadanya). Dan jika orang yang bersin mendengar saudaranya menyebutkan “يَرْحَمُكَ اللهُ”, maka hendaklah dia mengucapkan “يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ” (Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu)” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 243)
Juga adalah suatu sunnah, apabila seseorang itu bersin, hendaklah dia menutup atau meletakkan tangannya atau bajunya (atau kain yang seumpamanya) kepada mukanya sambil merendahkan mukanya dan memperlahankan suaranya.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu (maksudnya)
“Apabila Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersin, beliau meletakkan tangannya atau kain bajunya ke mulutnya (untuk menutupnya) sambil memperlahankan suaranya (bunyi bersin)” (Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab al-Adab, hadis no. 5011. Lihat juga di dalam Shahih Sunan Abi Daud oleh Syaikh al-Albani)
Mengenali Sikap Rakyat Malaysia episod 1
Sep 18th

1. Membuang Sampah Merata-rata
Perkara ni bukanlah sesuatu yang aneh. Sebab tu kita tak hairan apabila ternampak sampah di kaki lima, bahu jalan, taman reakriasi, dalam sungai dan lain-lain tempat lagi . Kadang-kadang kita jugak akan nampak papan tanda yang tertulis “di larang membuang sampah disini” Bagaimana papantanda di boleh wujud? Kalau nak tengok ‘pemandangan indah’ ni boleh tengok dibawah tangga flat, selepas pasar malam atau selepas menyaksikan perlawanan bolasepak di stadium berdekatan kita(kat anfield takdanya) Tetapi sejak kebelakangan ni bukan sampah ja yang dibuang. Anak pun dah jadi macam sampah
2. Tandas Awam Kurang Memuaskan
Tak kira tandas awam di perhentian R & R, shopping complex, kawasan pelancongan lebih kurang ja. Boleh dilabel sebagai pencemaran alam jugak la. Amat malu nak tanya kat mat salleh ” what r u think about public toilet at Malaysia? adesss… jaga la skit kebersihan tandas woi! hang jugak yang berak kan.
3. Iklan Serabut
Selalunya iklan-iklan ini menghiasi public phone, bus stand, tiang traffic light dan dinding2 premis. Antara iklan yang popular adalah
i) pinjaman untuk anda. blacklist diterima. kami bukan ahlong, kami cuma nak tolong
ii) dapatkan pil kuat. murah, senang dan berkesan
iii) masih tidak bekerja? jawatan kosong sila hubungi 019-xxxxxxx
iv) mencari kereta terpakai? tiada wang muka
Mengimbau Kenangan Cuti Sekolah
Jun 5th

Salam Alaik
Yay..Cuti sekolah dah bermula. Saat yang ditunggu bagi mereka yang bergelar budak sekolah. Mak ayah tak terlepas nak cuti jugak. Time ni la nak luangkan lebih masa bersama anak-anak. balik kampung, jalan-jalan satu family, berkelah mungkin.
Anak-anak dah tak sabaq nak balik kampung. Hati sudah ada kat kampung. Mana tidaknya nampak sungai ja, sawah padi seperti memanggil-manggil, nak tengok ayam tokwan dah tambah tak bilangannya. best best.
Mengimbau kembali zaman sekolah. Zaman yang paling menyeronokkan. Ada saja aktiviti yang akan dilakukan. Mula-mula set masa dengan kawan-kawan nak jumpa pukul berapa, berkumpul katmana. Selalunya tempat berkumpul memang dah ada. biasa la dah jadi port tetap. Pastu bincang petang ni kita nak buat akvititi apa
mandi sungai
melastik burung
main bola
ronda-ronda kampung seberang
tuju kasut
aci sembunyi
konda-kondi
Ni crita zaman sekolah rendah. Sekolah menengah lain plak. Masa tu dah besaq dan matang skit. Cuti sekolah pun ada tekanan. Ye la nak hadapi SPM. cuti sekolah tetap kena buka buku, ada kelas tambahan, tuisyen lagi. Dan lebih sakit hari bila tengok adik enjoy ja main dengan kawan2.
Kan best kalau bekerja pun ada cuti penggal macam cuti sekolah

bila diadun-adunkan jadi chrome