Mengimbau Kenangan Cuti Sekolah

Mengimbau Kenangan Cuti Sekolah

Salam Alaik

Yay..Cuti sekolah dah bermula. Saat yang ditunggu bagi mereka yang bergelar budak sekolah. Mak ayah tak terlepas nak cuti jugak. Time ni la nak luangkan lebih masa bersama anak-anak. Wajib untuk balik kampung, jalan-jalan satu family, berkelah mungkin.

Anak-anak dah tak sabaq nak balik kampung. Hati sudah ada kat kampung. Mana tidaknya nampak sungai ja, sawah padi seperti memanggil-manggil, nak tengok ayam tokwan dah tambah tak bilangannya. best best.

Perkara Yang Selalu Dilakukan

Mengimbau kembali zaman sekolah. Zaman yang paling menyeronokkan. Ada saja aktiviti yang akan dilakukan. Mula-mula set masa dengan kawan-kawan nak jumpa pukul berapa, berkumpul katmana. Selalunya tempat berkumpul memang dah ada. biasa la dah jadi port tetap. Pastu bincang petang ni kita nak buat akvititi apa

mandi sungai

melastik burung

main bola

ronda-ronda kampung seberang

tuju kasut

aci sembunyi

konda-kondi

Ni crita zaman sekolah rendah.  Sekolah menengah lain plak. Masa tu dah besaq dan matang skit. Cuti sekolah pun ada tekanan. Ye la nak hadapi SPM. cuti sekolah tetap kena buka buku, ada kelas tambahan, tuisyen lagi. Dan lebih sakit hari bila tengok adik enjoy ja main dengan kawan2. Paling seronok bila dapat sokongan keluarga untuk melakukan pelbagai aktiviti ini.

Kan best kalau bekerja pun ada cuti penggal macam cuti sekolah