You can edit your side menu content in the Appearance > Menus and set as Side Menu.
 
Wan Perlis
daily life blog
  • Home
  • Aku Skandal
  • Blog
  • Contact
  • Muafakat
  • Home
  • Aku Skandal
  • Blog
  • Contact
  • Muafakat

In Blog

Trend Bercinta Remaja Zaman Sekarang

29 Views November 12, 2019 Be first to comment

Trend Bercinta Remaja Zaman Sekarang Pin It

Trend Bercinta Remaja Zaman Sekarang

Pernah anda melihat pasangan yang tengah bahagia bercinta? Benarkah seperti yang dikata, bila bercinta semua perkara manis. Ah persetankan semua tu. Ini topik yang sudah lama ditunggu. Mari kita lihat tabiat-tabiat wajib orang bercinta.

Motosikal dan Kereta

Perkara biasalah kan bermotosikal dan berkereta dengan boyfriend. Takkan berbasikal kot keluar dengan teman istimewa. Merendek dengan moto ni yang menjadi masalah. Agak tak manis dipandang masyarakat. “syg i ambik u kat simpang depan tu ye, u tunggu tau. kita g tengok wayang cita lelaki seterika”  ahaha berani la kalau ambil anak dara orang depan rumah. Jawab la dengan parang makayah dia

Berpegangan Tangan

Berjalan di pesisir pantai, di shopping compleks, pasar malam, taman rekreasi.. Inikah bukti cinta? “Takpe inikan perkara biasa bagi orang yang bercinta, nanti kita nak kahwin jugak” Banyak la nanti nak kahwin. Entah-entah hati dah berubah. Hati manusia siapa boleh duga. Masa tu tau la langit tinggi ke rendah

Kongsi Minat

Boyfriend minat bola, si awek pun ikut. Awek minat photography,si lelaki cuba mendekati dan memahami photography. Padahal dalam hati “tidak, aku tak suka semua ni. terpaksa ikut sebab nak jaga hati” ahaha kata honest. Mana perginya honest tu?

SMS dan Call

Handphone tak pernah lekang dari tangan. Lawan berbalas mesej. Bila mesej tak reply merajuk. Pastu kena hantar report kat pasangan “b, i nak pegi pasar beli ikan, teman mak i” Mana nak pergi, dengan sapa kena bagitau. Memang terkongkonglah. Dah bercinta takkan tak percaya lagi kat pasangan?

Lagu Tema

Yang ni part paling best. Siap ada lagu tema lagi. Kononnya lagu tema mengingatkan perkara yang indah dan manis dalam percintaan. Baik jadikan lagu Cinta 3 Segi sebagai lagu tema.ahaha

Hurmm banyak lagi trend bercinta remaja zaman sekarang. Sila-sila tambah ye

Eh wan hang ni macam ada pengalaman ja? Arghh tidak-tidak.. Aku ada trend sendiri.

Kenal seminggu terus bawak awek balik rumah. kenal-kenal dengan family. Dah dapat sokongan family. Cukup sebulan terus nikah. Amacam ok tak? Mencari cinta yang halal

Share

Previous Post

Perspektif Aku Tentang Isu…

In Blog

Perspektif Aku Tentang Isu Pembuangan Bayi

View Post

Categories

  • Blog

Latest Posts

  • Trend Bercinta Remaja Zaman Sekarang
  • Perspektif Aku Tentang Isu Pembuangan Bayi
  • Tulis & Menang ariffshah.com
  • Mengimbau Kenangan Cuti Sekolah
  • Software Terbaik untuk Anda
Wan Perlis

© 2019 Wan Perlis - All Rights Reserved.

Terms and Conditions - Privacy Policy